Tabung Masjid Berlegar Sewaktu Khatib Berkhutbah

Soalan :
Solat jumaat hari ini seperti biasa tabung masjid berlegar-legar dihadapan jemaah sedang khatib membaca qutbah. Bila tabung tiba dihadapan saya, saya biarkan tidak menolak kepada orang sebelah bahkan tidak menyentuh langsung tabung tu, saya terus focus pada qutbah. Kebetulan orang sebelah saya tu orang yang agak berumur duduk di kerusi sambil pegang tongkatnya mencuit saya tanpa berkata apa-apa namun memberi isyarat supaya menggerakan tabung tu.. Tapi saya tetap tidak menggerakan tabung tersebut. Sebaliknya saya terus focus pada qutbah... Sekali lagi pakcik tu cuit saya untuk menggerakkan tabung tu.. Sejujurnya saya amat terganggu ketika itu. Saya nekad tidak berbuat apa-apa. Dan akhirnya pakcik itu berdiri kemudian berusaha untuk mencapai tabung tersebut dengan menggunakan tongkatnya...

Apakah wajar atau tidak saya buat demikian??


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Wajar, tapi lebih baik bawa usul kepada mesyuarat agong mesjid kerana sudah ada fatwa.. 

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan arahan melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat.
Ketetapan larangan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-100, yang bermesyuarat pada 27 Februari lalu di Putrajaya.

Persoalan Berkaitan Kehidupan, Rasuah vs Upah vs Hadiah.

Soalan :
Sewaktu masa dulu saya pernah tinggal di rumah kampung di kawasan yang rendah, boleh dikatakan setiap tahun rumah saya menghadapi masalah banjir. Isteri mendesak untuk mencari rumah lain tapi saya tak mampu kerana kesempitan hidup. Setelah berkali2 memohon rumah murah tapi tak dilayan, akhirnya saya berjumpa dengan seorang kawan yang kerja dibahagian perumahan dan meminta pertolongannya, dan dia sudi menolong. Saya memberinya Rm300 sebagai duit kopi kerana menolong saya. Adakah berdosa saya? Apakah Allah terima amalan yang dibuat didalam rumah itu?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Pertama, kena tahu beza
Rasuah vs Upah vs Hadiah.

Rasuah - suapan untuk merubah keputusan sedangkan anda tidak layak.

Jika anda layak, kemudian dalam keadaan amat berhajat, maka boleh memberi hadiah di atas pertolongan..

Salah Satu Situasi Status Perkahwinan Dan Anak-anak Muallaf Wanita

Soalan :
Pada hari Isnin Swee Lan memeluk Islam. Ah Meng suaminya enggan memeluk Islam bersamanya. Mereka ada dua orang anak. Yang sulung tingkatan tiga dan yang kedua darjah satu. 

Pada hari Jumaat Swee Lan berkahwin dengan Johari. 
Adakah sah perkahwinan Swee Lan dengan Johari? 
Apakah status agama anak-anak Swee Lan?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Kena ada eddah dulu 3x haid, untuk nak pastikan rahim clean dulu. Perkahwinan x boleh proceed tanpa eddah. Anak-anak, hakim kena tanya mereka nak ikut agama ibu atau ayah.