Allah Lebih Suka Orang Beriman Yang Kuat Dari Yang Tak Kuat

Soalan :
Syeikh, ada hadis yang bermaksud "Allah lebih suka orang beriman yang kuat dari yang tak kuat"
Adakah ini bermakna kuat dari segi fizikal? Contohnya macam sering bersukan?

Jawapan :
♻️Ada hadits
الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِل اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah ta’ala daripada mukmin yang lemah.” 
(Hr muslim no 2664)

Kuat dalam banyak perkara.. agama, fizikal dan harta.

Syarah Hadith Mengenai Mencintai Allah & Nabi saw Melebihi Yang Lain.

Soalan :
Syarah hadith mengenai mencintai Allah dan Nabi saw melebihi yang lain.

Jawapan :
♻️ Itu adalah suatu proses atau journey atau perjalanan hidup, kena ada ilmu dan berusaha secara bertahap kepada kecintaan yang hakiki. Ultimate ialah kemuncak dalam kesempurnaan iman kita ialah kita dapat menyintai Allah dan sunnah melebihi yan lain...

Petanda kejayaan :
1. Matlamat hidup, Allah dan Rasul
2. Taat yg semakin kuat dalam melaksanakan ibadah
3. Menyintai orang yang bertaqwa dan mukmin
4. Banyak zikir
5. Bersama orang yang soleh sebagai teman
6. Merindui Kaabah dan Mesjid Nabawi


Soalan:
Nak baca dalam kitab mana?

Jawapan :
♻️ Syarah hadith, fathul bari dan syarah muslim oleh alNawawi

syarah hadith ni:

 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِي قَالَ: حَدَّثَنَا أَيُّوْبُ، عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الْإِيْمَانِ: أَنْ يَّكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلَهُ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُّحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ للهِ، وَأَنْ يَّكْرِهَ أَنْ يَّعُوْدَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُّقْذَفَ فِي النَّارِ) (رواه البخاري)

“Dari Anas r.a. dari Nabi saw. Bersabda: “ Barang siapa ada tiga perkara padanya, ia telah mendapatkan manisnya iman, yaitu hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya dari apa yang selain keduanya, hendaklah ia mencintai dan membenci seseorang semata karena Allah, dan hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran, sebagaimana ia benci jika akan dicampakkan ke dalam neraka”.
(H.R. Bukhari Muslim)

Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (QS. 9:24)
** Baca tafsir ibn Katsir akan ayat ni

Kalau kita lihat, cinta ni bukan datang mengejut, pandang pertama, tapi ia suatu proses, satu perjalanan, satu usaha yg kuat...maka menyintai Allah yang ghaib dan Muhammad yang juga sudah wafat memerlukan suatu perjalanan yang berliku untuk menyintai.

Langkah pertama, mempelajari ilmu Tawhid, mempelajari usyul sunnah.

Berkaitan Pendarahan Wanita


Soalan 1 :
Bagaimana jika darah keluar sedikit-sedikit selepas bersalin sehingga hari ke 57, sedangkan saya telah mandi hadas besar dan solat pada hari ke 53 kerana dianggap darah telah kering tetapi masih lagi keluar pada bila-bila masa dengan sukatan yang sangat sedikit. Apakah solat dan puasa saya diterima dan bagaimana saya ingin mengetahui yang saya telah benar-benar suci dari darah nifas ini.?

Jawapan : Darah Nifas 57 hari

Batas maksimal darah nifas adalah khilaf:
**Mazhab Jumhur: 40 hari
**Mazhab syafi’iy: 60 hari
**Maka, ikut mazhab syafi’iy, darah nifas maksima ialah 60 hari.
(Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid/50)
Ibn Taymiyah: tiada batas maksimal (kitab al-Asma’, ms 27)


Soalan 2 :
Apakah hukumnya mengambil pil penahan haid ketika bulan puasa ?

Jawapan : Ambil pil penahan haid ketika ramadhan

Fatwa Dr Qardhawi, jangan lakukan demikian, yang dibolehkan ialah untuk Haji dan Umrah sahaja.


Soalan 3 (a):
Perempuan yang baru bernikah dan telah disetubuhi oleh suaminya buat kali pertama , orang melayu panggil pecah darah. Darah yang keluar itu di kira darah apa?

Soalan 3 (b):
Satu lagi jika darah tersebut keluar lagi dan berterusan sehingga 2 ke 3 hari , perlukah mandi wajib setiap kali hendak solat?

Jawapan (a+b)
Darah biasa. Ia bukan najis. Cuma basuh dan perbaharui wuduk.


Soalan 4 :
Sekiranya perempuan yang sedang haid dan keluar air mani perlu ke mandi wajib berasingan atau tunggu sehingga haid kering dan mandi wajib untuk keduanya sekali ?

Jawapan
Haid + mani
Memang sahkah mani keluar waktu haid?
Kalau ya, maka 2 in 1, mandi selepas haid kering, maka kedua hadas tersebut akan terangkat.