Wajarkah Anak Istimewa Autisma/Autism Diajarkan Mengaji & Solat?


Soalan :
Wajarkah seorang ibu mengajar anak istimewanya .. autism.. mengaji dan solat? Puasa dia dapat sebulan tahun lepas.

Jawapan :
Taklif agama atau bebanan agama ni hanya jatuh kepada salah satunya org yg ada akal. Jika autisma itu bermaksud dia masih ada akal, maka memang kena berusaha mengajarnya.

Wudhuk Ketika Haid & Persentuhan Ketika Wudhuk


Soalan 1
Apakah hukum berwuduk ketika haid?

Jawapan :
Berwuduk ketika haid? Ma fi faedah (tidak ada faedah), sebab hadath tidak terangkat


Soalan 2
Adakah wuduk terbatal jika tersentuh suami?

Jawapan :
Status wuduk jika sentuh suami/isteri.. Khilaf yang panjang..

Syafi'iyah: batal secara mutlak

Jumhur: batal jika pegang yang ada rasa seksual, rasa syahwah

Muhaqqiqin spt Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan mazhab hanafi :
Tidak batal secara mutlak

Pendapat yang disyorkan, pendapat muhaqqiqin :
tidak batal secara mutlak, sebab sentuh itu adalah balaghah maksudnya kias kepada setubuh.

Perlukah Ibu Yang Hendak Melahirkan Bayi Solat?


Soalan :
Adakah seorang ibu yang hendak melahirkan anak perlu solat?

Situasi 1:
Air ketuban sudah pecah...atau turun apa2 tanda..tapi dah berjam-jam, kadang lebih dari sehari tunggu tapi belum lg melahirkan.
adakah perlu solat bila sudah turun tanda.

Situasi 2:
Seorg ibu hampir melahirkan anak..masa tu pukul 1 petang..belum zohor..tapi tunggu sampai sudah pukul 2,masih belum melahirkn..sedangkn dia sudah ada dalam bilik bersalin tu..mcna..kna solat zohor tak?pastu kalau tidak sempat..nanti kena ganti balik tak solat tu?

Jawapan : Situasi 1 
Ibu dalam labour room, air ketuban dah pecah.

Mazhab syafi'iy, ia darah fasad atau istihadzah, masih kena solat jika mampu, jika tidak upaya kena qadha kemudian nanti
Mazhab hanbali, sebahagian dr darah nifas, maka tak usah solat
Mazhab maliki, ia darah haid, pelik sikit mazhab ni


Jawapan : Situasi 2
Ibu masuk labour room, belum keluar air atau macam mana? Kalau dah keluar air ketuban, sama seperti di atas.

Lendir Wanita Pada Waktu Subur


Soalan :
Lendir yang keluar pada waktu subur wanita setiap bulan.bukan disebabkan banyak berjalan atau shahwat. lendir ni dalam kategori yang mana?

Jawapan :
darah wanita ada tiga jenis: haid, nifas dan istihadzah. cecair wanita ada tiga jenis: mani, mazi dan wadi. Maka lendir yang keluar adalah samada madzi (air ghairah) atau wadi (kerana kepenatan) Madzi adalah cecair yang penting bagi kaum hawa sebagai lubricant semula jadi. Ia perlu dibersihkan untuk setiap kali berwuduk.

Membaca Al-Quran Sewaktu Haid


Para fuqaha’ telah berselisih pendapat dalam masalah membaca Al-Quran semasa haid dan berjunub( hadas besar kerana persetubuhan atau keluar mani kerana mimpi) kepada 3 pendapat:

Pendapat Pertama
Tidak diharuskan membaca Al-Quran semasa haid dan junub(hadas besar).
Pendapat ini disokong oleh para ulamak dikalangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Syafie.
Ini Juga merupakan pendapat Imam Malik sendiri dan riwayat yang sangat masyhur pada Imam Ahmad dan beberapa ulamak dikalangan mazhab Hanbali.

Hujjahnya:
Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.anhuma dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda:
(Janganlah membaca sesuatu pun dari Al-Quran semasa haid dan berjunub).

Ulamak berselisih pendapat mengenai hadis di atas kerana terdapat seorang rawi iaitu Ismail bin A’yas yang ditolak riwayatnya.

Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan hadis ini dhoif berdasarkan pendapat para ahli hadis.


Pendapat Kedua
Diharuskan kepada mereka untuk membaca Al-Quran secara mutlak.
Pendapat ini disokong oleh Az-Zhohiri di dalam kitabnya yang berpendapat membaca Al-Quran,sujud,menyentuh mushaf dan zikir kepada Allah Ta’ala dibolehkan dalam keadaan berwuduk,tanpa wuduk,semasa haid dan juga bagi yang berjunub.
Pendapat ini berdasarkan dalil dari sunnah dan juga athar para sahabat.
Dalil dari sunnah:
(Adalah Nabi S.A.W berzikir kepada Allah pada setiap keadaannya)

Keterangan hadis:

Ummul Mukminin Aisyah r.anha mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W sentiasa berzikir kepada Allah Ta’ala pada setiap waktu dan keadaannya termasuk juga ketika waktu junubnya.Maka bacaan Al-Quran juga termasuk di dalam zikir yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Kata Imam Nawawi yang dimaksudkan berzikir di dalam hadis ini bukanlah membaca Al-Quran seperti yang difahami.

Dalil dari athar sahabah:Telah diriwayatkan bahawa Abdullah bin Abbas telah membaca Al-Quran dalam keadaan masih berjunub(hadas besar).
Membaca Al-Quran merupakan amalan ibadah yang sangat dituntut dan dianjurkan, pembacanya akan mendapat ganjaran dan sesiapa yang melarang membaca Al-Quran pada waktu tertentu maka hendaklah membawa dalil yang melarangnya.


Pendapat Ketiga
Diharuskan membaca Al-Quran semasa haid dan tidak diharuskan kepada yang berjunub(hadas besar).
Ini merupakan pendapat yang masyhur Imam Malik dan para pengikutnya. Begitu juga pendapat lama (qaul Qadim) Imam Syafie dan juga merupakan pendapat Imam Ahmad dan para pengikutnya.

Mereka berhujjah mengatakan haid merupakan satu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala kepada kaum wanita. Ia datang tanpa suruhan dan berterusan untuk beberapa waktu yang biasa dialami oleh wanita.Jika hal ini merupakan satu larangan, nescaya kaum wanita akan lupa apa yang telah dipelajari dari isi kandungan Al-Quran. Berbeza dengan orang yang berjunub (hadas besar), ia datang mengikut kehendak tuannya secara kebiasaanya (persetubuhan) dan dapat diatasi dengan mandi wajib sahaja.

Maka diharuskan membaca Al-Quran semasa haid sahaja dan bukan kepada yang berjunub kerana tiada dalil yang mencegahnya.


Kesimpulannya
Pendapat ketiga yang mengharuskan membaca Al-Quran semasa haid dan tidak diharuskan membacanya ketika berjunub merupakan pendapat yang paling tepat kerana tiada dalil yang menghalangnya kecuali satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.anhuma.Hadis ini dhoif dan tidak boleh dijadikan hujjah. Manakala bagi yang berjunub,terdapat pelbagai hadis yang melarangnya walaupun padanya terdapat perselisihan ulamak hadis tetapi masih ada lagi hadis lain yang menyokong hadis tersebut sehinggalah boleh dijadikan hujjah untuk beramal dengannya.


Kata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:
Telah diketahui bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W kaum wanita telah didatangi haid tetapi mereka tidak ditegah membaca Al-Quran sepertimana tidak juga ditegah untuk berzikir dan berdoa kepada Allah Ta’ala,bahkan mereka juga diperintahkan untuk keluar pada hari eid (hari raya) dan sama-sama bertakbir pada hari itu

Wanita Dan Warna


Adapun pakaian wanita yang berwarna bukanlah satu kesalahan selagi warna itu secara lojik  tidak membawa kepada pandangan yang serong ataupun buruk terhadap dirinya.

Ini kerana wanita pada zaman Nabi s.a.w, bahkan isteri-isteri dan anak perempuan baginda juga memakai pakaian berwarna. Begitu banyak riwayat yang membuktikan hal tersebut.

Antaranya apa yang disebut oleh Aishah bint Sa’d:
“Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu’asfar (berwarna merah)”
(Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).

Mu’asfar bermaksud dicelup dengan ‘usfur iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan warna merah. Said bin Jubair meriwayatkan bahawa beliau lihat sesetengah isteri Nabi s.a.w bertawaf di Kaabah memakai pakaian mu’asfar (Riwayat Ibn Abi Syaibah). ‘Umar bin Al-Khattab apabila melihat lelaki memakai warna mu’asfar, akan memarahi mereka dan berkata: “Tinggalkan ini untuk wanita” (al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah)

Begitu juga “Anas bin Malik melihat Umm al-Kalthum puteri Rasulullah s.a.w memakai selendang daripada sutera bersulam emas”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan pakaian jenama mahal, halus dan berwarna yang menawan iaitu keemasan. Dalam riwayat al-Bukhari juga: “Isteri ‘Abd al-Rahman bin al-Zubair datang mengadu kepada ‘Aishah. Kata Aishah r.a: “Dia memakai pakaian berwarna hijau”.

Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (463):
“Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah”
(al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).

Apa yang disebutkan ialah warna yang digunakan pada zaman tersebut. Sebahagian warna yang dilarang kepada lelaki, tetap dibenar perempuan. Ada keluasan dalam masalah ini.
Wallahua'lam