Persoalan Wuduk Dan Tayamum Ketika Luka Untuk Solat

Soalan :
Assalamualaikum..
1. Apakah hukum wuduk guna spray air. 

2. Orang yang luka pada angota badan, kemudian dia tayamum, adakah tayamum perlu di lakukan semula setiap kali solat?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
1. Guna spray, paip air, shower, cebok, semua boleh, yang diutamakan Fiqh Taharah ialah air mutlak jer.


2. Sekali tayammum untuk sekali solat sahaja

مِنَ السُّنَّةِ أَنْ لاَ يُصَلِّيَ الرَّجُل بِالتَّيَمُّمِ إِلاَّ صَلاَةً وَاحِدَةً ثُمَّ يَتَيَمَّمَ لِلصَّلاَةِ الأْخْرَى
"Termasuk bagian dari sunnah, agar seseorang tidak shalat dengan bertayammum kecuali hanya satu kali shalat saja, kemudian hendaklah dia bertayammum lagi untuk mengerjakan shalat yang lain. 
(HR. Ad-Daruquthni)

Istilah Yang Sama. Isyraq, Dhuha & Awwabin

Soalan :
Salam syeikh, adakah ulama mazhab sepakat mengenai solat sunat isyrak ni? Jazakallahu khoir


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Sepakat, solat isyraq itu sebenarnya Solat Dhuha dan juga dikenali dengan solat Awwabin.

Isyraq tu maksudnya sempena solat terbit matahari. Waktu afdhal ialah sekitar 8:30 pagi ketika matahari sepenggalah atau ketika anak unta bingkas kerana kepanasan. 

Waktu isyraq atau matahari terbit tu jika awal sangat, ia waktu orang majusi dan penyembah matahari sedang sembahyang.

Tidak Sengaja Solat Di Tempat Ibadah Agama Lain

Soalan :
Apakah hukum salat di rumah ibadat kaum Sikh kerana tidak disengajakan? 


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Imam Al-Bukhari رحمه الله‎ telah membuat satu bab dalam kitab Sahih-nya, Bab Salat di Bi'ah (gereja dan kuil). 

Umar رضي الله عنه berkata, “Sesungguhnya kami tidak masuk ke gereja kamu semua kerana ada patung yang di mana di dalamnya ada gambar-gambar." 

Dahulu Ibnu Abbas رضي الله عنه melaksanakan salat di geraja kecuali kalau di gereja tersebut terdapat patung.

Hukum:
Sekiranya tiada patung, maka boleh salat di dalamnya
[Kitab Al-Mughni, 1:407]

Lagi pun ia bukan kesengajaan. Apa yang tidak sengaja dimaafkan. Dalilnya, matan hadith arbain no 39
عَنِ ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ 
[حديث حسن رواه ابن ماجة والبيهقي وغيرهما]
Dimaafkan ummatku jika mereka tersalah, terlupa atau dipaksa"

Hukum Pekerja Pemandu Yang Terlibat Ke Tempat Ibadat Bukan Islam & Ke Tempat Yang Haram

Soalan :
Salam.. Bagaimanakah halal-haram gaji seorang driver muslim kepada majikan non muslim yang mana dia perlu menghantar majikannya ke nite club,casino & sebagainya tetapi dia tidak terlibat.. Maksudnya dia cuma hantar & tunggu di dalam kereta sahaja.


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Kalau folo mazhab Hanafi memang boleh, sebab yang dilihat ialah kepada skop kerja, job specification seseorang. Kalau driver, maka dia akan hantar majikan kemana sahaja tanpa kira kemana destinasinya sebab skop kerja dia drebar dan objektif tuan dia atau majikan tidak perlu dia ketahui. Maka kalau dia drebar kepada orang kafir, maka dia harus menghantar ke mana sahaja, termasuk ke kuil, gereja, club malam, casino di genting, restoren non halal atau ke rumah mistressnya.  Begitu juga kalau lelaki Islam yang berkahwin dengan wanita ahlil kitab (yahudi dan kristian), boleh menghantar isterinya ke gereja atau sinagog yahudi.

Menurut fiqh hanafi, boleh juga  syarikat pembinaan muslim, contractor bangunan melakukan pembinaan gereja, kontrek membaikpulih gereja, sebab ia memberi servis dia kepada semua. Sama juga dengan TM, dia membekalkan semua perkhidmatan unifi kepada semua premis dan pelanggan termasuk rumah urut, casino, magnum 4D, maka pekerja muslimnya boleh melakukan perkhidmatan kepada premis tersebut.

Dalam mazhab lain, ia merupakan makruh tahrim atau membawa kepada haram, mesti berusaha mencari jalan keluar dengan mencari pekerjaan yang benar2 100% halal lagi bersih. Jika terpaksa, dia belum mendapat pekerjaan yang halal, maka masih boleh meneruskan sehingga dia mendapat jalan keluar. 

Dalilnya
"Siapa yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak suka dan dia tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa" 
2:173

4 Persoalan Zakat Fitrah

Soalan :
Assalamualaikum Syeikh. Saya ada beberapa soalan nak minta Syeikh buat penjelasan. Sebenarnya soalan ini dari salah seorang ahli group whatsapp saya.
Berikut ini soalannya👇

1. Saya setuju kalo "faqir" itu adalah golongan gelandangan. Masaalahnya di daerah saya payah ditemui golongan tersebut.
Dan jika ditakdirkan suatu masa tidak ditemui langsung golongan itu bagaimana nak keluarkan zakat fitrah.
Mohon di jelaskan alternatifnya?

2. Jika golongan faqir dan miskin itu masih mampu keluarkan zakat fitrah apakah mereka berhak menerima zakat fitrah orang lain?

3. Saya pernah hulur beras sebagai zakat fitrah kepada orang tua dan uzur dengan kerusi roda. Saya tidak kenal latar belakang keluarga tersebut.
Terkejut bila ditolak zakat fitrah itu dengan alasan beliau adalah keturunan sayed " susur galur ahlul bait" . Katanya mereka dilarang menerima sebarang zakat.
Apa komen .

4. Sewaktu tunai haji dulu daging korban dan hayu berlambak lambak. Dikatakan pehak Saudi hantar daging tersebut ke tempat gelandagan ( faqir ) di Afrika. Apakah zakat fitrah ini boleh berbuat demikian. Misalnya dari JB ke kemboja atau Indonesia. Terima kasih Syeikh atas perhatiannya.


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
1. Kumpulan sasar zakat fitrah.
Dalam mazhab syafi'iy, 8 asnaf semua boleh beri zakat fitrah, tak ada beda. Cuma yang khusus untukk faqir miskin ialah mazhab Maliki.

Jika nak folo Maliki, faqir dan miskin, kena tau takrifan dulu
Faqir = orang yang tidak ada sebarang pekerjaan dan pendapatan
Miskin = ada kerja, ada income, tapi tak mencukupi. 

Faqir ni lebih teruk laa.  Kalau anda tak mampu nak cari siapa faqir dan miskin, maka jalan terbaik, serahkan zakat fitrah anda kepada amil sahaja.


2. Apakah org faqir miskin pun kena keluar zakat?
Ya, sebab zakat fitrah nak bersihkan diri dan famili pada 1 syawal.

Jika dia benar2 faqir, langsung tak ada makanan atau cash, maka gugurlah. Di tanya kepada Imam Ahmad :

إِذَا كَانَ عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ فَمَا فَضُلَ عَنْهُ لِيُؤَدِّي
“Jika dia memiliki bahan makanan yang cukup untuk satu hari, maka sisanya ditunaikan untuk zakat.”
Beliau ditanya lagi, “Jika dia tidak memiliki apa pun?” Imam Ahmad menjawab, “Dia tidak wajib membayar zakat apa pun.” 
(Al-Masail Imam Ahmad, riwayat Abu Daud, 1:124)

Maka walaupun dia terima zakat fitrah, akan tetapi kalau dia ada lebihan sebelum 1 syawal, maka dia kena keluarkan juga.


3. Apakah keturunan syed haram terima zakat
Fuqaha' Hanafi (Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusof) membolehkan keluarga bani Hashim menerima zakat.

Huraian mereka adalah seperti berikut:
Di zaman Nabi saw, keluarga Nabi saw, "Zawil  Qurba" menerima agihan alFa'iy dan Ghanimah. Maka rasional mereka tidak menerima zakat itu adalah kerana mereka sudah menerima harta Fa'iy. Bila tiba zaman Abu Bakar dan Umar (keduanya raa), agihan harta fa'iy ini dihentikan kerana negara memerlukan belanjawan yg besar. Maka bila bantuan kewangan yg biasa diberikan kepada mereka dihentikan, maka mereka berhak menerima zakat sebagaimana orang lain. Inilah juga pendapat Imam atTabari.
(Imam atTohawi, Syarh Ma'aani alAthar: 2/10-11)
Juga lihat Fathul Bari:3/276; Nailool Awthor syarh Muntaqa alAkbar:4/172-173) 
Juga Dr Shalabi, Ta'lil alAhkam, dar anNahdah, Beirut, 1981, ms 370.

Manakala jumhur, keturunan syed tidak boleh menerima zakat.


4. Hukum pindahkan zakat fitrah ke negara lain
Memindahkan zakat dari negeri orang yang mengeluarkannya ke negeri lain jika hal itu membawa maslahat hukumnya boleh. Jika orang yang mengeluarkan zakat itu mempunyai sanak kerabat yang berhak menerima zakat di negeri lain dan zakat itu dikirim kepadanya, maka hukumnya tidak apa-apa (boleh). Begitu juga jika standard hidup di negeri itu tinggi, lalu dia mengirimnya ke suatu negeri yang lebih miskin, hal itu juga boleh, tetapi jika tidak ada kemaslahatan dalam memindah zakat dari negeri satu ke negeri lain, maka sebaiknya tidak perlu dipindahkan.

Sumber: Tuntunan Tanya Jawab Akidah, Shalat, Zakat, Puasa dan Haji (Fatawa Arkanul Islam), Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Darul Falah, 2007

Mengangkat Tangan Semasa Doa Qunut

Soalan :
Salam, masa Nabi Saw membaca Qunut, sahabat adakah yang berjemaah di belakang mengangkat tangan berdoa ataupun tidak?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Qunut memang angkat tangan.. Qunut Nazilah pula tu..

Status Fadhilat Surah Yasin

Soalan :
Assalamualaikum tuan, maaf nak tanya.
Adakah hadist shahih atau dalil Quran yang mengatakan jika kita tiap hari baca Yasin maka di akhirat kelak kita tak akan kehausan?

Jawapan Tuan A Jamil Yahaya:
Tiada

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Semua 33 hadith fadilat yasin yg Al Syuyuti kumpulkan dalam Durr al mantsur adalah dhaif/palsu

Wang Di Pinjam Rakan Untuk Berjudi

Soalan :
Assalamualaikum ustaz 
Jika ada kawan yang nak pinjam duit dan akhirnya dapat tahu  untuk berjudi dan dia membayar balik, adakah duit itu dikira haram?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Itukan tidak sengaja, TERRR...maka apa yang tidak disengajakan di maafkan. Lain kali kena kenali latarbelakang peminjam.

Dalil: matn arba'in an nawawiyah no 39
عَنِ ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
 [حديث حسن رواه ابن ماجة والبيهقي وغيرهما]
Dari Ibnu Abbas raa: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memaafkan umatku karena aku (disebabkan beberapa hal) : tak sengaja, lupa dan segala sesuatu yang dipaksa“ 
[Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan lainnya]

Wang Hasil Pelacuran Untuk Sekolahkan Anak Di Sekolah Agama

Assalam...
Macam mana  kalau seorang ibu itu bekerja sebagai pelacur dan hasil duit itu diguna untuk membayar duit sekolah agama anaknya.. Adakah haram?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Haram, tapi anak dia tak berdosa. Cuma mak dia yang mempersenda agama

Soal Jawap Mengenai Qarin

Soalan :
Nk tanya syeikh ,setiap manusia yg lahir akan ada qarin yg lahir bersamanya mengajaknya  berbuat dosa,,apa yg akan berlaku setelah kematian manusia itu kemana pergi qarin nya itu adakah akan mati bersama tuan nya

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Jinn ada ajal masing². cuma kalau manusia mati, dia akan diberi assignment lain oleh iblis..
Qarin tidak mati bersama manusia yg dijaganya. ajal dia vs manusia berbeda


Soalan:
Hanya iblis seorang yang akan hidup sampai hari kiamat baru mati, manakala koncu2 nya akan mati mengikut umur nya yg ditetapkan Allah betul x sheikh?
Ada yang cakap ratusan tahun umur jin ini

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Btol... Iblis sorang je yang hidup sampai kiamat, rakyat iblis sama macam kita ada ajal. cuma lebih panjang dari kita..
Kita sekarang average 75 thn... Jin x tahu berapa


Soalan :
Betulke kenyataan tu melalui hadis atau dari sumbar mana?

Jawapan :
Hadis

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنْ الْجِنِّ) وَقَرِينُهُ مِنْ الْمَلاَئِكَةِ(  قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَإِيَّايَ إِلاَّ أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُنِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Tidaklah seorangpun di antara kamu kecuali disertakan padanya qarin dari kalangan jin (dan qarin dari kalangan malaikat)”. Para sahabat bertanya: “Kepada anda juga wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab: “Juga kepada saya, tetapi Allah Azza wa Jalla membantuku melawannya sehingga dia masuk Islam. Maka dia tidak memerintahkanku kecuali dengan kebaikan”. 
[HR. Muslim, no: 2814; Ahmad, no. 3770; dari perawi akhir Ibn Mas'ud r.a]


Soalan :
Bagaimana dengan ayat ini 43:36?

وَمَنْ يَّعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ نُقَيِّضْ لَهٗ شَيْطٰنًا فَهُوَ لَهٗ قَرِيْنٌ
"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."
[Az-Zukhruf 43: Ayat 36]

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Sama juga maksudnya... Qarin


Soalan :
Kalau qarin Allah tolong masukkan ke islam. Bagaimana Muslim yang lain seperti kita? Maka ada kemungkinan qarin kita kafir ke?

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنْ الْجِنِّ) وَقَرِينُهُ مِنْ الْمَلاَئِكَةِ(  قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَإِيَّايَ إِلاَّ أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُنِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Tidaklah seorangpun di antara kamu kecuali disertakan padanya qarîn dari kalangan jin (dan qarîn dari kalangan malaikat)”. Para sahabat bertanya: “Kepada anda juga wahai Rasuulullah?”. Beliau menjawab: “Juga kepada saya, tetapi Allah AWJ membantuku melawannya sehingga dia masuk Islam. Maka dia tidak memerintahkanku kecuali dengan kebaikan”. 
[HR. Muslim, no: 2814; Ahmad, no. 3770;}

Maksud hadith, 
KECUALI Nabi SAW sahaja kerana sifat kemaksuman Nabi. Nabi ni bebas dosa, maka sudah tentulah qarin akan dihapuskan dari Nabi SAW untuk menjaga wahyu. bahawa qarin tidak ada pengaruh kepada wahyu yang diterima Nabi SAW. Maka nabi ni bebas dari qarin dan bebas dari pengaruh akademik kerana beliau adalah ummi atau tak pernah pergi sekolah.,

Boleh Buat Acara Kenduri di Surau Atau Masjid

Soalan :
Assalamualaikum, boleh tak acara kenduri di lakukan di surau atau masjid syeikh?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Memang boleh, mesjid multipurpose.. Jika AJK Mesjid approve, beres..

Solat Sunat Nabi SAW Rajin Lakukan

Soalan :
Assalamualaikum, mohon izin bertanya.

Benarkah Nabi ﷺ tak pernah tinggalkan solat sunat sebelum Subuh dan solat witr walaupun ketika baginda musafir?

Saya dengar benda ni dah lama dulu. Cuma sekarang, bila nak sampaikan kat orang lain, nak jugak tahu sumbernya. Takut-takut tersampaikan perkara yang salah.

JazakAllahu khayr.


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر
Nabi saw tidaklah melakukan satu shalat sunnah pun yang lebih beliau jaga dalam melaksanakannya melebihi dua rakaat salat sunnah subuh.” 
[HR Bukhari 1093 dan Muslim 1191 dr aisyah]

Dari Ibnu Umar Radhiallahu  anhuma berkata:
( كَانَm النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي السَّفَرِ عَلَى رَاحِلَتِهِ حَيْثُ تَوَجَّهَتْ بِهِ يُومِئُ إِيمَاءً صَلاةَ اللَّيْلِ إِلا الْفَرَائِضَ وَيُوتِرُ عَلَى رَاحِلَتِهِ
“Biasanya Nabi sallallahu alaihi wa sallam shalat dalam safarnya di atas kendaraannya. Kemana saja menghadap. Beliau memberi isyarat dalam shalat malam. Kecuali shalat wajib dan beliau menunaikan witir di atas kendaraannya.”
[Bukhori,1000 dan Muslim,700]

إِنَّ اللَّهَ أَمَدَّكُمْ بِصَلاَةٍ هِيَ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ الْوِتْرُ جَعَلَهُ اللَّهُ لَكُمْ فِيمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ إِلَى أَنْ يَطْلُعَ الْفَجْرُ
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menambah bagi kalian salat yang lebih baik bagi kalian ketimbang memiliki unta merah, yaitu salat witir. Allah AWJ meletakkannya antara salat Isya` sampai terbitnya fajar 
[HR. at-Tirmidzi, hasan sahih]

Ibnul Qayyim merumuskan: 
“Saat musafir, beliau sangat memelihara pelaksanaan salat sunnat Fajar dan witir melebihi seluruh salat sunnat yang lain. Dalam riwayat safar Nabi SAW, tidak ada yang menyebutkan beliau mengerjakan salat² sunnat rawatib..”
[Zaadul Ma’ad/1:315]

Istilah Berkabung

Soalan :
Salam ustaz adakah istilah berkabung hari atau minggu atau lain lain dalam kematian merupakan ikut ikutan budaya orang nasrani, adakah ia melanggar hukum syarak dalam islam?

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Tasyabbuh agama nasrani, hindu dan budhha.

Bank di Malaysia Riba?

Soalan :
Assalamualaikum ustaz, adakah sistem perbankan sekarang ni masih berunsurkan riba? seperti jual beli rumah, kereta dll. Dikatakan walaupun islamic, tapi masih mengamalkan riba pintu belakang?


Jawapan En A Jamil Yahaya :
Sekarang ada dua.. Islamic & conventional. Yang conventional memang riba la.

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Isu Pertama
Seperti yang saya jelaskan banyak kali, dalam sistem perbankan/financing, ada empat sistem sekarang di Negara OIC.

1. Perbankan syariah/islamic banking
kalau di Malaysia, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat dan Maybank Islamic, dll. Ini dibawah akta perbankan Islam 1983.

2. Perbankan konvensional, ia termasuk Bank Negara, EPF, semua bank tempatan dan asing, termasuk Maybank, CIMB, Standart Charted, HSBC, OCBC

3. Syarikat kewangan berlesen. Ini syarikat2 persendirian yang menawarkan pinjaman konvensional dan mendapat lesen dari Bank Negara, BNM

4. Along, atau pinjaman haram ala chetty yang tidak mendapat lesen dari BNM.

Saudi Arabia pun sama model.. Di Saudi, ada perbankan patuh syariah penuh, seperti Al Rajhi Bank, dan bank yamg menawarkan dua sistem, konvensional dan islamic. NCB adalah bank terbesar KSA.  NCB menawarkan pembiayaan konvensional + islamic sama dengan Maybank.

Isu Kedua
Status 
1. Islamic banking
2. Konvensional banking
3. Syarikat kewangan berlesen
4. along/chetty/pinjaman haram/black market


1. Islamic Banking 
Memang sudah accepted, sudah lulus dalam parlimen di kebanyakan negara OIC, termasuk Saudi dan Malaysia, Indonesia. Cuma pelaksanaan ke arah zero riba memang impossible, sebab Islamic Banking beroperasi menggunakan model Kapitalisme atau Maximising Profit atau memaksikan untung kepafda pelaburnya: Stakeholders. 

Islamic Banking bekerja untuk stakeholders, pemegang saham. Maka Islamic Banking tidak boleh beroperasi dengan model kebajikan baitul mal, atau 0 profit, atau non profit organization.  Maka Islamic Banking mesti memaksimakan untung, bersaing dengan bank konvensional dan mesti mencatatkan keuntungan untuk dividen. 

Maka ada dua grup yang menolak Islamic Banking, Hizbu tahrir dan parti islam semalisia, PAS. Sebab mereka menggunakan model Islamic State atau Khilafah, pure islamic banking, non profit banking dan bank di bawah kendalian negara. Ini belum dapat dipastikan samada model Islamic State, zero interest, zero profit akan berjaya. Sebab belum ada model Islamic Banking sebegini ujud di dunia.


2.Konvensional Banking
Ini khilaf, sebab apakah konvensional banking seperti Maybank. CIMB, yang merupakan milik PNB, GLC kepada penguasa, kepada parti pemerintah yang membentuk kerajaan juga tergolong dalam sistem riba? Sama juga dengan NCB Bank Saudi Arabia, ia juga perbankan milik GLC, milik Kerajaan Saudi. Maka apakah interest atau riba yang dikenakan oleh bank milik kerajaan ke atas rakyatnya sendiri dianggap riba? Apakah ia sama dengan riba along?

Majoriti ulama fiqh seperti ulamak Saudi, Dr Al Qardhawi, Muhammad Abu Zahrah, Syria, majma' fiqh sedunia, majlis ulama indo, majlis fatwa kebangsaan kata ianya riba.

Sebahgian ulama kata tidak riba, antaranya Mufti Mesir, Muhammad Abduh, Rashid Ridha, grand Syaikh Azhar, Syed Tantawi, Mahmud Syaltut, Persis Indonesia, A Hasan Bandung. kata ianya bukan riba yang dimaksudkan sebab ia adalah milik perbankan milik awam, milik kerajaan, kadar interestnya dikawal oleh Bank Pusat dan ia tidak berlipat ganda dan adanya persetujuan antara pihak bank dan peminjam dan peminjam tidak merasa sempit dada bila berurusan dengan perbankan milik kerajaan.

No 3&4 Syarikat Kewangan Berlesen dan Along
Itu memang sah, jelas riba yang diharamkan, kerana ia untuk peminjam yang ada rekod hitam, peminjam yang terdesak, dan ia akan mengakibatkan mudharat kepada peminjam.

Rumusan:
Dinegara OIC termasuk Saudi Arabia, ujud bank gergasi milik kerajaan atau GLC atau bank gergasi milik awam, public listed company. bank2 ini adalah bank dibawah model kapitalis, 

Memaksimakan keuntungan dan memberi pulangan dividen maksima kepada pemegang sahamnya. Maka bank gergasi tidak boleh beroperasi secara non profit atau zero interest, disebabkan ia mesti menjana keuntungan dan memenuhi tuntutan kos operasi, seperti gaji pengurusan dan pekerja.

Maka perbankan yang besar seperti NCB bank di Saudi, Mayban di Malaysia, menawarkan dua pakej sekali gus, Islamic banking dan ribawiyah banking. Dari bank yang sama, dia berbuah dua jenis buah, Satu buah masam, satu lagi buah manis. Semua keuntungan dari dua sistem ni semua akan masuk kepada pemegang sahamnya, sebahgian besar kepada kerajaan yang ada. Oleh kerana perbankan islam vs perbankan konvensional yg ditawarkan dari bank yang sama, maka keduanya mestilah hakikatnya sama saja, cuma islamic banking akan dibedzakan dengan menggunakan beberapa istilah perbankan islam, akan tetapi ia tidak boleh menggugat operasi perbankan konvensional yang juga milik bank yang sama, dibawah CEO yang satu juga.

Ini dinamakan Riba yang terkawal, managed usury, riba yang dikawal selia oleh Bank Markazi atau Bank Negara dan kerajaan mengawal semua dari interest rate, BLR dan kepentingan orang awam dalam bentuk WIN-WIN relationship. Bank untung, kerajaan mendapat dana, manakala rakyat akan terselamat dari sistem perbankan jenis along dan pinjaman berlesen.

Maka oleh sebab itu perbankan konvensional milik bank gergasi milik awam atau GLC ni adalah khilaf, Samada ianya Pure riba, pure usury, riba tulin atau riba yang dimaafkan kerana perbankan mesti bermotifkan untung dan memberi dividen kepada kerajaan yang memilikinya.

Yang clear, umat Islam kena jauhi Perbankan Along, Perbankan Berlesen dan pajak gadai konvensional, manakala antara Perbankan Islam vs GLC, itu memang kena buat keputusan sendiri.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

En ~Lan.MK~™ لان:
Untuk penjelasan selanjutnya boleh join Grup yang fokus Fiqh Muamalat, Group Lariba

Group Lariba™
https://t.me/GroupLariba


PERBANKAN ISLAM
1. Kontrak Pembiayaan Perbankan Islam Part 1: Pembiayaan Pembelian Rumah: https://telegram.me/khazanahlariba/58

2. Kontrak Pembiayaan Perbankan Islam Part 2: Pembiayaan Tunai: https://telegram.me/khazanahlariba/34

3. Kontrak Pembiayaan Perbankan Islam Part 3: Kontrak Ijarah atau Sewa: https://telegram.me/khazanahlariba/79

4. Perbandingan Perbankan Islam & Perbankan Konvensional: https://telegram.me/khazanahlariba/21

Hukum Jual Beli Secara Open Order

Soalan :
Assalamualaikum Ustaz. Mohon pencerahan
Hukum Jual beli tanpa melihat barang
Contoh open order mangga harum Manis (buah pelam) tanpa lihat buahnya


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Boleh, namanya bai salam... 

Syarat utama:
1. Trusted seller
2. Refund policy

Dalil Nabi saw bersabda :

مَنْ أَسْلَفَ فِيْ شَيْءٍ فَلْيُسْلِفْ فِيْ كَيْلٍ مَعْلُومٍ, وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ إلى أجَلٍ مَعْلُوْمٍ (رواه البخاري ومسلم)
“Sesiapa yang menjual beli sesuatu (secara) salaf (salam), hendaklah dia lakukan jual beli salaf (salam) dengan sukatan yang termaklum dan timbangan yang termaklum bagi tempoh yang juga termaklum.” 
[HR al-Bukhari dan Muslim]

Loket Berkepala Patung

Soalan :
🔴Assalamualaikum.. Bolehkah kita pakai loket yang seperti ini dan dibawa solat?

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Patung tak bolehlaa.... Perhiasan Islami, mesti bebas dari objek patung.

Kepala yang paling haram dipamirkan, dalil:

اَلصُّوْرَةٌ الرَّأْسُ ، فَإِذَا قُطِعَ فَلاَ صُوْرَةٌ
“imej/potret itu adalah kepala, jika kepalanya dihilangkan maka tidak lagi disebut gambar.” 
(HR. Al-Baihaqi 7: 270. Status, shaih, Al Albani :As Silsilah Ash Shohihah no. 1921)

Mendidik Anak Dengan Menghadiahkan Ganjaran

Soalan :
🔴Assalamualaikum syeikh..
Boleh tak kita didik anak supaya dia minat beribadah dengan cara bagi hadiah atau menurut kehendak nya?

Contoh; kita beri hadiah atau duit  setiap hari jika dia berjaya lakukan solat berjemaah terutama isya dan subuh? Kita nak galakkan dia berpuasa Ramadhan kita janji nak bagi duit Raya sebanyak mana puasa dia berjaya lakukan? Dan banyak cth lain yang kita berikan ganjaran dalam bentuk duniawi.

Saya musykil sebab cara begini macam tak ikhlas beribadah semata2 kerana Allah swt. Mohon pendapat syeikh. Jzzk.


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Boleh, ia dinamakan kreativiti... Contoh dari Para Sahabat:

عن الربيع بنت معوذ قالت : أفكنا نصومه بعد، ونصوم صبياننا، ونجعل لهم اللعبة من العهن، فإذا بكى أحدهم على الطعام أعطيناه ذاك حتى يكون عند الإفطار.

Dari Ar-Rubayyi’ binti Mu’awwidz, ia berkata :  “Sehingga sejak hari itu kami berpuasa pada hari tersebut (hari asyura) dan memerintahkan anak-anak kami untuk berpuasa pula. Untuk itu kami membuatkan mainan (anak-anak) yang terbuat dari wol. Jika salah satu di antara anak-anak kecil tersebut menangis karena ingin makan, kami berikan kepada dia mainan tersebut hingga datangnya waktu berbuka” 
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1960 dan Muslim no. 1136].

Di zaman salaf, jika anak tak larat meneruskan puasa, ibunya memberi toy. Zaman salaf dulu duit belum ada. Yang ada gold dan silver coins (dinar dan dirham) yang terhad dan tak semua salaf memilikinya.

Zikir Nabi Yunus Juga Dikira Istighfar

Soalan :
🔴Assalamualaikum...
Kalau kita mengamalkan zikir Nabi Yunus itu dikira istighfar juga ke...


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Ya, sebab ia doa dalam AQ.

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (87) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ (88)

“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: “Bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah Termasuk orang-orang yang zalim.” Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” 

(QS. Al Anbiya’: 87-88)

Hukum Nasab kepada bapa angkat

Soalan:
Salam sheikh. Nak tanya. 

🔴 Situasinya begini. Anak murid, anak angkat. Tapi tidak tahu bahawa dia anak angkat. Ibu bapa dia minta saya ubah nama di sijil supaya berbin/binti kan nama ayah angkatnya.

Bukan sijil sahaja, semua documents untuk sekolah dia minta untuk ubah. 

Dalam islam, dibenarkan kah?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Haram nasab kepada bapa angkat...

Status Hadis Mandul

Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Nak tanya adakah hadis ini sahih?

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:

Ada dalam sahih Muslim no 2608
ما تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قالَ قُلْنا: الذي لا يُولَدُ له، قالَ: ليسَ ذاكَ بالرَّقُوبِ ولَكِنَّهُ الرَّجُلُ الذي لَمْ يُقَدِّمْ مِن ولَدِهِ شيئًا
الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2608