Tabung Masjid Berlegar Sewaktu Khatib Berkhutbah

Soalan :
Solat jumaat hari ini seperti biasa tabung masjid berlegar-legar dihadapan jemaah sedang khatib membaca qutbah. Bila tabung tiba dihadapan saya, saya biarkan tidak menolak kepada orang sebelah bahkan tidak menyentuh langsung tabung tu, saya terus focus pada qutbah. Kebetulan orang sebelah saya tu orang yang agak berumur duduk di kerusi sambil pegang tongkatnya mencuit saya tanpa berkata apa-apa namun memberi isyarat supaya menggerakan tabung tu.. Tapi saya tetap tidak menggerakan tabung tersebut. Sebaliknya saya terus focus pada qutbah... Sekali lagi pakcik tu cuit saya untuk menggerakkan tabung tu.. Sejujurnya saya amat terganggu ketika itu. Saya nekad tidak berbuat apa-apa. Dan akhirnya pakcik itu berdiri kemudian berusaha untuk mencapai tabung tersebut dengan menggunakan tongkatnya...

Apakah wajar atau tidak saya buat demikian??


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Wajar, tapi lebih baik bawa usul kepada mesyuarat agong mesjid kerana sudah ada fatwa.. 

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan arahan melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat.
Ketetapan larangan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-100, yang bermesyuarat pada 27 Februari lalu di Putrajaya.

Persoalan Berkaitan Kehidupan, Rasuah vs Upah vs Hadiah.

Soalan :
Sewaktu masa dulu saya pernah tinggal di rumah kampung di kawasan yang rendah, boleh dikatakan setiap tahun rumah saya menghadapi masalah banjir. Isteri mendesak untuk mencari rumah lain tapi saya tak mampu kerana kesempitan hidup. Setelah berkali2 memohon rumah murah tapi tak dilayan, akhirnya saya berjumpa dengan seorang kawan yang kerja dibahagian perumahan dan meminta pertolongannya, dan dia sudi menolong. Saya memberinya Rm300 sebagai duit kopi kerana menolong saya. Adakah berdosa saya? Apakah Allah terima amalan yang dibuat didalam rumah itu?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Pertama, kena tahu beza
Rasuah vs Upah vs Hadiah.

Rasuah - suapan untuk merubah keputusan sedangkan anda tidak layak.

Jika anda layak, kemudian dalam keadaan amat berhajat, maka boleh memberi hadiah di atas pertolongan..

Salah Satu Situasi Status Perkahwinan Dan Anak-anak Muallaf Wanita

Soalan :
Pada hari Isnin Swee Lan memeluk Islam. Ah Meng suaminya enggan memeluk Islam bersamanya. Mereka ada dua orang anak. Yang sulung tingkatan tiga dan yang kedua darjah satu. 

Pada hari Jumaat Swee Lan berkahwin dengan Johari. 
Adakah sah perkahwinan Swee Lan dengan Johari? 
Apakah status agama anak-anak Swee Lan?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Kena ada eddah dulu 3x haid, untuk nak pastikan rahim clean dulu. Perkahwinan x boleh proceed tanpa eddah. Anak-anak, hakim kena tanya mereka nak ikut agama ibu atau ayah.

Boleh Atau Tidak Wanita Melancong Tanpa Mahram?

Soalan :
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ يَحِلُّ لاِمْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لَيْسَ مَعَهَا حُرْمَةٌ
“Seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir tidak boleh melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari semalam kecuali dengan mahramnya.” 
[HR. Bukhari no. 1088 dan Muslim no. 1339]

Dalam lafazh Muslim disebutkan,
لاَ يَحِلُّ لاِمْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ تُسَافِرُ مَسِيرَةَ يَوْمٍ إِلاَّ مَعَ ذِى مَحْرَمٍ
“Seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir tidak boleh melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari kecuali jika bersama mahramnya.”
[HR. Muslim no. 1339]


Soalan :
Assalamualaikum. Ustaz, kalau ikut hadis ni, maknanya perempuan kalau nak melancong ke korea ke backpacker macam trend zaman sekarang dengan kawan2 pompuan dorang, pun tak bolehlah? Atau hadis ni merujuk kepada haji/umrah sahaja?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Saudi, guna fiqh literal. Memang wanita tak boleh backpacking kecuali dengan mahram. Fiqh Syafi'iy guna fiqh maqosyid. jika faktur keselamatan terjamin, maka boleh backpacking kenegara yang aman.

Adakah Dalil Azan Ke Telinga Bayi Yang Baru Lahir?

Soalan :
Adakah dalil azan ke telinga bayi yang baru lahir?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Ada

Dari ‘Ubaidillah bin Abi Rofi’, dari ayahnya (Abu Rofi’), beliau berkata,
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ
“Aku telah melihat Rasulullah saw mengumandangkan azan di telinga Al Hasan bin ‘Ali ketika Fathimah melahirkannya dengan azan salat.” 
[HR. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, kata abu isa, hadithnya hasan sahih]
[Ibn Hajar Asqolani, Azzahabi, Al Albani, Ibn Uthamiim mengatakan ia dhaif]

Anggota Sujud Waktu Solat Yang Wajb Hanya Dahi?

Soalan :
Benarkah bagi Mazhab Maliki anggota sujud yang wajb hanya dahi? Apa dalil yang mereka guna kalau benar?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Dalil umum:
( أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ ) رواه البخاري(812) ومسلم(490)
“Aku diperintahkan untuk bersujud pada tujuh tulang: dahi, lalu beliau menunjuk dengan tangannya pada hidungnya, kedua tangan, kedua lutut dan jari-jemari kedua kaki”. 
[HR. Bukhori: 812 dan Muslim: 490]
Jumhur, kecuali hambali, yang wajib cuma dahi...

Kita ambil yang ini, “Syarh Sunan Ibnu Majah” dinyatakan:
وَجَوَاز السُّجُود بالجبهة وَحدهَا مِمَّا اتّفق عَلَيْهِ الْجُمْهُور الا عِنْد مَالك وَالْأَوْزَاعِيّ وَالثَّوْري وَأما وضع الْيَدَيْنِ والركبتين فَهُوَ سنة عِنْد الْحَنَفِيَّة وَالشَّافِعِيّ لتحَقّق السُّجُود بِدُونِهِ وَمَا جَاءَ فِي بعض الرِّوَايَة بِلَفْظ أمرت ان اسجد الخ فَالْمُرَاد بِالْأَمر الْمَعْنى الشَّامِل للْوُجُوب وَالنَّدْب وَهُوَ طلب الْفِعْل
“Bolehnya sujud dengan dahi saja, dari pendapat yang telah disepakati oleh Jumhur (mayoritas ulama’), kecuali di sisi imam Malik, Al-Auza’i, dan Ats-Tsauri. Adapun meletakkan dua tangan dan dua lutut, maka hukumnya sunnah menurut para ulama’ Hanafiyyah dan Imam Asy-Syafi’i karena telah teralisasinya sujud tanpanya. Adapun apa yang yang datang dari sebagian riwayat dengan kalimat “Aku diperintah untuk sujud di atas tujuh anggota…-sampai akhir-…”yang dimaksud perintah di sini adalah makna yang meliputi perintah yang bersifat wajib dan anjuran, dan ia adalah tuntutan untuk melakukan suatu perbuatan.” 
[ Syarh Sunan Ibnu Majah : 63 ].


Al-Imam Ash-Shan’ani –rahimahullah- berkata:
ذهب أبو حنيفة و أحد قولي الشافعي و أكثر الفقهاء إلى أن الواجب الجبهة فقط
“Al-Imam Abu Hanifah, dan salah satu pendapat Asy-Syafi’i dan mayoritas ahli fiqh berpendapat, sesungguhnya yang wajib (dalam sujud) hanyalah dahi/kening saja.” 
[ Subulus Salam : 1/254 ]


Kesimpulan

1. Sujud dengan tujuh anggota, yaitu dahi (termasuk di dalamnya hidung), dua telapak tangan, dua lutut dan dua ujung telapak kaki, adalah merupakan kaifiyat (cara) sujud yang paling sempurna.

2. Sujud dengan dahi/kening hukumnya wajib. Adapun selainnya, maka hukumnya mustahab (anjuran). Oleh karena itu, jika misal: Seorang saat sujud kakinya terangkat, maka shalatnya sah. Karena dia hanya meninggalkan perkara yang hukumnya mustahab.


Pendapat Imam Nawawi
Memang jumhur yang wajib cuma dahi, 6 yang lain tu sunat

Pandangan Dr. Torifi
Wajib 7 anggota

Solat Berjemaah Bersama Anak Belum Mumayyiz, Adakah Dikira Berjemaah?

Soalan :
Adakah solat berjemaah bersama anak berumur 7 tahun yang belum mumayyiz, dikira solat jemaah?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Solat jamaah ni luas, ini merujuk kepada solat berjamaah di mesjid atau rumah?

Mazhab lain (Jumhur), syarat makmum atau imam adalah baligh

Mazhab Syafi'iy paling longgar, makmum sah jika 7 tahun, solat berjamaah juga sah jika dilakukan di rumah. Mazhab lain Jumhur lebih syadid atau ketat

Ini kaedah Fiqh Syafi'iy:
1. Solat jamaah boleh dilakukan di rumah atau di mesjid
2. Boleh berjamaah dengan anak kecil atau isteri

Fiqh Sunnah
1. Solat jemaah hendaklah dilakukan di mesjid/surau
2. Makmum disyaratkan telah aqil baligh

Persoalan Sunnah, Janggut Dan Misai

Soalan :
Ustaz kenapa sesetengah orang buang misai simpan jambang ja.. Yang mana sunnah sebenarnya?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Hukum lelaki simpan janggut, al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha' dalam bab wajibnya simpan janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu'akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi. 
(Fiqh Taharah)

Menyimpan janggut ini termasuk Sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan) ummat dan rupa diri umat Islam (yang unik dan unggul di mata dunia). 

Sunnah ini ditekankan oleh Nabi SAW ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua Sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan).  Illat janggut zaman sekarang adalah kerana ia menunjukkan kejantanan iaitu fitrah kelakian saja. [Kayfa nata'amalu Ma'a sunnah]

Adapun illat di zaman salaf sudah tiada:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى وَاحْفُوْا الشُّوَارِبَ . رواه البخاري ومسلم والبيهقي.
"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah saw: "Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". 
[Lihat: ارواء الغليل hlm. 77. al-Albani. HR Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi]

Umar Berwasiat Bacakan Surah Al Baqarah Di Kuburnya

Soalan :
Ustaz, bolehkah membaca Quran dikubur mengikut kata2 Umar ini, 
“ Dari ibnu umar Ra. : “Bahwasanya Beliau berwasiat agar diatas kuburnya nanti sesudah pemakaman dibacakan awa-awal surat albaqarah dan akhirnya. Dan dari sebagian muhajirin dinukil juga adanya pembacaan surat albaqarah”


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
ذا الحديث رواه الطبراني في "المعجم الكبير" (491) من طريق عَبْد الرَّحْمَنِ بْن الْعَلَاءِ بْنِ اللَّجْلَاجِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ لِي أَبِي: " يَا بُنَيَّ إِذَا أَنَا مُتُّ فَأَلْحِدْنِي، فَإِذَا وَضَعْتَنِي فِي لَحْدِي فَقُلْ: بِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللهِ، ثُمَّ سُنَّ عَلَيَّ الثَّرَى سَنًّا، ثُمَّ اقْرَأْ عِنْدَ رَأْسِي بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ "
Pesan ibn Umar kepada anak2nya: 
“Apabila kalian memasukkan aku ke kuburku, maka letakkanlah aku dalam liang lahad dan ucapkanlah : ‘bismillaahi wa ‘alaa sunnati Rasuulillah shallallaahu ‘alaihi wa sallam’. Lalu letakkanlah di atas (mayat)-ku tanah, dan bacalah di atas kepalaku awal dan akhir surat Al-Baqarah. 
[HR tabrani dalam al awsat.]

وهذا إسناد ضعيف ، عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج رجل مجهول ، قال الذهبي في "الميزان" (2/ 579):
وقال الألباني في الضعيفة (4140): "حديث ضعيف جدا" .
وينظر للاستزادة : "أحكام الجنائز" (1/ 192).

Sanadnya dhaif kerana Abdul Rahman Bin Al 'Alaa bin Allajlaaj, perawi majhul (takder biografi). 
Komen al zahabi dalam al Mizan

Komen Al Albani dalam Al Dhaifah, amat dhaif.

Tangkal, Hukum dan Pendapat Imam Mazhab

Soalan :
1. Ada orang kata, Imam Mazhab mengatakan pemakaian tangkal harus.. Selalunya geng nie dia ambil perkataan harus lepas tu dia pukul untuk semua tangkal yang dia cipta menepati tangkal yang imam mazhab haruskan...

2. Betul ka imam mazhab kata hukum pakai tangkal harus, kalau harus bagaimana yang dikatakan tangkal tu harus?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Tangkal
Dalil-dalil umum tentang BAHAYA tangkal

AQ 6: 17 
[Jika Allah menimpakan suatu mudharat kepadamu, maka tiadalah yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri]

Juga ayat [107: surah Yunus]


HR Ahmad dari Uqbah:Mengenai syirik hukumnya memakai tangkal pendinding ini.

Pendapat pilihan dalam urusan Tangkal sebagai ikhtiar: ia adalah tertolak dan pintu kepada dosa syirik.

Ditanya kepada Imam Ahmad, orang yang menggunakan tangkal, lama kelamaan akan bergantung kepadanya sepanjang masa.

Al-Lajnah Ad-Daa-imah Saudi Arabia, menyatakan:
"Para ulama bersepakat tentang haramnya menggunakan jimat dari selain Al-Qur'an. Namun mereka masih berbeda pendapat bila berasal dari Al-Qur'an. Di antara mereka ada yang membolehkannya dan ada juga yang melarangnya. Namun pendapat yang melarang itu lebih kuat, berdasarkan keumuman hadits-hadits yang ada, dan demi mencegah terjadinya keharaman."
[Syaikh Ibnu Baaz -Rahimahullah-- , Syaikh Abdullah Ibnu Ghadiyan dan Syaikh Abdullah bin Qu'uud. Fatwa Al-Lajnah Ad-Daa-imah I : 212]

Bila hukum yg melibatkan akidah, isu syirik. maka kita kena keluar dari khilaf.

Jika ada kaum salaf yang kata tangkal OK, sebab, zaman salaf, syirik ni dah musnah 100%... maka tangkal tu tak ada effect kepada akidah kaum salaf. 

Akan tetapi zaman kita, syirik ni kembali menjadi masalah utama, maka lebih baik kita basmi terus tangkal ni... Ini perjuangan asal Muhammad Abdul Wahab di Saudi dulu. Beliau yang pertama kali mengharamkan secara total apa jua jenis tangkal azimat termasuk azimat AQ sekalipun.


Perkongsian:
Isu khilaf seperti ini pernah diulas oleh Ustaz Shamsuddin Abd Rahman (Darul Kauthar) pernah bagi misalan kepada kes seperti ini ;

Misalkan,  ada satu gelas air yg jernih, bersih di depan kita.  Ada org yg boleh dipercayai telah mengingatkan kita bhw tadi ternampak semcm ada org masukkan sesuatu dlm gelas tu,  mungkin ada RACUN.

Agak² kita tergamak ke nak minum lagi? 

Kalau nak selamat,  tak payah minum la. Cari la air lain..

Begitulah sepatutnya sikap kita jika jumpa perkara khilaf seperti ini. Keluar terus daripada khilaf itu lebih aula, lebih selamat..

Status Hadis dan Hukum Menyebarkannya

Soalan :
Berkenaan hadis ni.. Adakah ia benar? Jika tidak, bagaimana status orang awam(jahil) yang memviralkan hadis2 sebegini syiekh?

Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Ianya palsu.. Sanad dan takhrij semua xde.. Seakan menempah tiket ke neraka. Ia hadits palsu era medsos (media sosial), geng pendusta..

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
“Cukup seseorang dikatakan dusta, jika ia menyebarkan (meviralkan) segala apa yang ia dengar.” 
[HR. Muslim no. 5]

Hukum isteri Beri Nafkah Pada Suami

Soalan :
Maaf syeikh, apa hukumnya istri beri nafkah sama suami? Di anggap sedekah juga ya syeikh?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Hukum asal nafkah atas suami. Jika dharurat, suami hilang upaya, boleh saje.. Sedekah yang terbaik adalah kepada orang yang disayanginya.

Benarkah Nabi Muhammad SAW Meninggal Kerana Racun?

Soalan :
Assalamualaikum.. Minta penjelasan tentang statement dibawah..


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Pertama 
Kena lihat AQ, [al Maaidah ayat 67]
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia

Maka ayat ni adalah jaminan Nabi Saw akan diprotect, firewalled oleh Allah SWT

Adapun Nabi Saw terkena racun itu adalah sahih, tapi paha kambing itu sendiri yang memberitahu Nabi jangan telan.

Dalil:
إِنَّ هَذَا الْعَظْمَ لَيُخْبِرُنِي أَنَّهُ مَسْمُومٌ
Maksudnya: "Sesungguhnya tulang kambing ini memberitahuku bahawa ia telah diracun." 
[Tafsir Ibn Katsir al Maidah ayat 67, Zaad al Maad, Ibn Qayyim, 2:140; Fathul Bari, 7:497]

Sahabat lain yang menelan kambing tersebut mati, beliau adalah Bisyr bin Barra'.

Kedua
Cuma kesan dari racun berbisa itu masih berbisa, walaupun Nabi Saw segera berbekam selepas sahaja tiba di Medinah dari Khaibar, lokasi kejadian racun tersebut.

Dalil:
 قَالَ فَسَافَرَ مَرَّةً فَلَمَّا أَحْرَمَ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَاحْتَجَمَ
Kata Ibn Abbas, "Apabila Rasulullah SAW merasakan sesuatu dari racun itu, beliau melakukan bekam. Suatu kali beliau sedang bepergian, ketika melakukan ihram (umrah) beliau merasakan pengaruh racun tersebut, lantas beliau segera berbekam." 
[HR ahmad 32784, hadith hasan.]

Imam Mula Baca Fatihah Makmum Stop Baca Iftitah

Soalan :
Ustaz, betulke bila imam mula baca Fatihah, makmum patut listen & mengamati/semak bacaan imam, serta kena stop baca doa iftitah walaupun belum habis?


Jawapan Tuan A Jamil Yahaya:
Betul

Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
وَاِ ذَا قُرِئَ الْقُرْاٰ نُ فَا سْتَمِعُوْا لَهٗ وَاَ نْصِتُوْا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ
"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat."
[7:204]