Fiqh Jawab Azan Dari Rakaman Handphone

Soalan :
Assalammuaikum wbt. Boleh atau x kalau jawab azan yang bukan live seperti rakaman dari Handphone? Sedih, biasa di office susah nak dengar azan live.. Kat uma pun begitu, kerana surau agak jauh sedikit..


Jawapan Ustaz THTL al-jazani توان حسن :
Fatwa saudi arabia tak payah, unless ADZAN LIVE dari mesjid mega seperti  Mesjidil Haram, Mesjid Nabawi, Mesjid Negara. Perlu cari rumah yang dalam range adzan mesjid.
 

Beza Iddah Wanita Cerai Hidup & Mati

Soalan :
Iddah dicerai kan hidup dan iddah cerai mati sama kah larangan dia ,tak boleh bersolek atau keluar berjalan selama 3 bulan?


Jawapan Ustaz THTL :
Bercerai hidup, tiga kali haidh, atau 3 bulan.
cerai mati,  4 bulan 10 hari.
Boleh keluar rumah untuk kerja dan membeli keperluan jika tak da siapa nak tolong buat groceries, cuma jangan jadi janda berhias.

Fiqh Aurat Ayah Sakit Dirawat Anak Perempuannya

Soalan :
Macamana atau kaedah nak menjaga ayah yang sakit dan terlantar yang tidak dapat menguruskan diri dan
Kesemua anaknya perempuan?


Jawapan Ustaz THTL :
Anak dan ayah tak ada batasan aurat. Jika terpaksa, aurat sulit pun dimaafkan kerana dharurat seperti buang air dan perubatan.

Ketum

Soalan :
Assalamualaikum sheikh thtl...ana nk tnya pasal ketum bolih ke..
Apakah hukum menanam pokok ketum..
Minum air daun ketum..
Bagi ank pokok ketum pada  kawan-kawan untuk ditanam..??


Jawapan Ustaz thtl al-jazani توان حسن :
Apa yg diharamkan oleh penguasa wajib ditaati.
dalil:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taati Rasul-Nya dan penguasa diantara kamu" 4:59

Pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa cadangan penanaman pokok Ketum adalah diharamkan.. .
Ini berdasarkan kepada mafsadah (kerosakan) dan mudarat yang lebih besar berbanding dengan manfaatnya..

Azan Orang dari Negara Afrika

Soalan :
Saya ada dengar orang Afrika azan. Perbuatan ni memang sebab ada khilaf ke?

1) Laung Allahuakbar Allahuakbar sekali je
2) Bila laungan Haiya'alassolah dia pusing ke arah kanan untuk laungan pertama, dan kiri untuk laungan kedua. Begitu juga bila laungan Haiya'alallfalah


Jawapan :
Sahih, itu cara mazhab Maliki, kebanyakan orang Afrika bermazhab malik.

Berhias Untuk Suami, Suami Tidak Izin

Soalan :
Jika kita ingin berhias,tujuannya untuk suami tetapi suami tidak izinkan. Jika buat juga,berdosa ke?

Jawapan :
Jika buat juga dosalah sebab dia tak suka, itu maksudnya suami suka natural beauty je. Mungkin keadaan ekonomi sekarang, dia mahu berjimat cermat.

Luqatah Atau Barang Temuan

Soalan :
Assalamualaikum. Nak tanya... Kalau dah makan sebiji buah ceri yang jumpa dalam kereta ( tapi xpasti ceri tu datang dari mana), nak buang takut membazir lalu jadi saudara syaitan.. Nak makan xtahu datang dari mana dan siapa tuannya. Akhirnya saya pejam mata dan makan je. Apakah hukumnya?

Setelah beberapa bulan saya selidik dan berfikir, akhirnya x syak lagi ceri tu datag dari sebatang pokok yang ditanam dalam pagar sebuah rumah, tapi dahan dia sebahagian keluar pagàr.. Saya pernah parking kereta di luar pagar pada hari tersebut, angin kencang dan hujan lebat.. Tiñgkap kereta sy kebetulan x tutup. Adakah saya kena pergi balik jumpa tuan rumah itu dan minta izin sebab makan sebiji buah ceri dia yang masuk dalam kereta saya?
Sekian terima kasih. Jazakallahu khaira..


Jawapan :
Fiqh Luqatah, atau barang temuan ada dua jenis:
Jenis pertama : Perishable atau yang akan binasa seperti sayur, buah, boleh makan tanpa was2 sebab menyimpannya akan merusakkannya

Jenis kedua : Non perishable atau yang tidak mudah musnah. Ini kena cari tuan, cth wang, jam, cincin...

Ini adalah pendapat yang lengkap dalam isu ni

Fiqh pokok di mana dahannya menjulur keluar dari kebun asal dan memasuki tanah orang lain. Apakah tuan tanah berhak mengambil buah2an tersebut.

Kata Imam Ibn Hazm dalam al-Muhalla jilid 8
" orang yang menanam pokok, kena dipastikan jaraknya dengan pagar, agar dahan pokok tersebut tidak masuk ke dalam tanah orang disebelahnya. Jika dahannya masuk, maka tuan tanah boleh memotong atau mencantas pokok tersebut. Dia tidak boleh mengambil buah2 yang masuk dalam tanahnya, hanya dengan izin tuan kebun terlebih dahulu.
Itu fiqhnya.

Sama juga dengan kambing atau ayam yang masuk dalam kawasan orang lain, mereka berhak menghalau kambing dan ayam tersebut tapi tidak boleh mengambil susu kambing dan telur ayam itu.

Pokok, haiwan sama saja hukumnya. Jika ia masuk dalam tanah kita, kita cuma berhak potong pokok dan halau kambing tersebut tapi tidak boleh memanfaatkan buah dan kambing/ayam tersebut tanpa izin tuan asal.

Jika kita pergi kebun orang dan ada durian yang luruh, kebun durian itu jauh dari kampung orang, maka kita tidak boleh makan buah tersebut. Ia bukan luqatah. Moga jelas.