Soalan :
Nk tanya syeikh ,setiap manusia yg lahir akan ada qarin yg lahir bersamanya mengajaknya berbuat dosa,,apa yg akan berlaku setelah kematian manusia itu kemana pergi qarin nya itu adakah akan mati bersama tuan nya
Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Jinn ada ajal masing². cuma kalau manusia mati, dia akan diberi assignment lain oleh iblis..
Qarin tidak mati bersama manusia yg dijaganya. ajal dia vs manusia berbeda
Soalan:
Hanya iblis seorang yang akan hidup sampai hari kiamat baru mati, manakala koncu2 nya akan mati mengikut umur nya yg ditetapkan Allah betul x sheikh?
Ada yang cakap ratusan tahun umur jin ini
Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Btol... Iblis sorang je yang hidup sampai kiamat, rakyat iblis sama macam kita ada ajal. cuma lebih panjang dari kita..
Kita sekarang average 75 thn... Jin x tahu berapa
Soalan :
Betulke kenyataan tu melalui hadis atau dari sumbar mana?
Jawapan :
Hadis
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنْ الْجِنِّ) وَقَرِينُهُ مِنْ الْمَلاَئِكَةِ( قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَإِيَّايَ إِلاَّ أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُنِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Tidaklah seorangpun di antara kamu kecuali disertakan padanya qarin dari kalangan jin (dan qarin dari kalangan malaikat)”. Para sahabat bertanya: “Kepada anda juga wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab: “Juga kepada saya, tetapi Allah Azza wa Jalla membantuku melawannya sehingga dia masuk Islam. Maka dia tidak memerintahkanku kecuali dengan kebaikan”.
[HR. Muslim, no: 2814; Ahmad, no. 3770; dari perawi akhir Ibn Mas'ud r.a]
Soalan :
Bagaimana dengan ayat ini 43:36?
وَمَنْ يَّعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ نُقَيِّضْ لَهٗ شَيْطٰنًا فَهُوَ لَهٗ قَرِيْنٌ
"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."
[Az-Zukhruf 43: Ayat 36]
Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Sama juga maksudnya... Qarin
Soalan :
Kalau qarin Allah tolong masukkan ke islam. Bagaimana Muslim yang lain seperti kita? Maka ada kemungkinan qarin kita kafir ke?
Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنْ الْجِنِّ) وَقَرِينُهُ مِنْ الْمَلاَئِكَةِ( قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَإِيَّايَ إِلاَّ أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُنِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Tidaklah seorangpun di antara kamu kecuali disertakan padanya qarîn dari kalangan jin (dan qarîn dari kalangan malaikat)”. Para sahabat bertanya: “Kepada anda juga wahai Rasuulullah?”. Beliau menjawab: “Juga kepada saya, tetapi Allah AWJ membantuku melawannya sehingga dia masuk Islam. Maka dia tidak memerintahkanku kecuali dengan kebaikan”.
[HR. Muslim, no: 2814; Ahmad, no. 3770;}
Maksud hadith,
KECUALI Nabi SAW sahaja kerana sifat kemaksuman Nabi. Nabi ni bebas dosa, maka sudah tentulah qarin akan dihapuskan dari Nabi SAW untuk menjaga wahyu. bahawa qarin tidak ada pengaruh kepada wahyu yang diterima Nabi SAW. Maka nabi ni bebas dari qarin dan bebas dari pengaruh akademik kerana beliau adalah ummi atau tak pernah pergi sekolah.,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan