Benarkah Nabi Muhammad SAW Meninggal Kerana Racun?

Soalan :
Assalamualaikum.. Minta penjelasan tentang statement dibawah..


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Pertama 
Kena lihat AQ, [al Maaidah ayat 67]
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia

Maka ayat ni adalah jaminan Nabi Saw akan diprotect, firewalled oleh Allah SWT

Adapun Nabi Saw terkena racun itu adalah sahih, tapi paha kambing itu sendiri yang memberitahu Nabi jangan telan.

Dalil:
إِنَّ هَذَا الْعَظْمَ لَيُخْبِرُنِي أَنَّهُ مَسْمُومٌ
Maksudnya: "Sesungguhnya tulang kambing ini memberitahuku bahawa ia telah diracun." 
[Tafsir Ibn Katsir al Maidah ayat 67, Zaad al Maad, Ibn Qayyim, 2:140; Fathul Bari, 7:497]

Sahabat lain yang menelan kambing tersebut mati, beliau adalah Bisyr bin Barra'.

Kedua
Cuma kesan dari racun berbisa itu masih berbisa, walaupun Nabi Saw segera berbekam selepas sahaja tiba di Medinah dari Khaibar, lokasi kejadian racun tersebut.

Dalil:
 قَالَ فَسَافَرَ مَرَّةً فَلَمَّا أَحْرَمَ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَاحْتَجَمَ
Kata Ibn Abbas, "Apabila Rasulullah SAW merasakan sesuatu dari racun itu, beliau melakukan bekam. Suatu kali beliau sedang bepergian, ketika melakukan ihram (umrah) beliau merasakan pengaruh racun tersebut, lantas beliau segera berbekam." 
[HR ahmad 32784, hadith hasan.]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan