Soalan :
Ustaz kenapa sesetengah orang buang misai simpan jambang ja.. Yang mana sunnah sebenarnya?
Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Hukum lelaki simpan janggut, al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha' dalam bab wajibnya simpan janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu'akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi.
(Fiqh Taharah)
Menyimpan janggut ini termasuk Sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan) ummat dan rupa diri umat Islam (yang unik dan unggul di mata dunia).
Sunnah ini ditekankan oleh Nabi SAW ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua Sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan). Illat janggut zaman sekarang adalah kerana ia menunjukkan kejantanan iaitu fitrah kelakian saja. [Kayfa nata'amalu Ma'a sunnah]
Adapun illat di zaman salaf sudah tiada:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى وَاحْفُوْا الشُّوَارِبَ . رواه البخاري ومسلم والبيهقي.
"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah saw: "Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu".
[Lihat: ارواء الغليل hlm. 77. al-Albani. HR Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan