Tabung Masjid Berlegar Sewaktu Khatib Berkhutbah

Soalan :
Solat jumaat hari ini seperti biasa tabung masjid berlegar-legar dihadapan jemaah sedang khatib membaca qutbah. Bila tabung tiba dihadapan saya, saya biarkan tidak menolak kepada orang sebelah bahkan tidak menyentuh langsung tabung tu, saya terus focus pada qutbah. Kebetulan orang sebelah saya tu orang yang agak berumur duduk di kerusi sambil pegang tongkatnya mencuit saya tanpa berkata apa-apa namun memberi isyarat supaya menggerakan tabung tu.. Tapi saya tetap tidak menggerakan tabung tersebut. Sebaliknya saya terus focus pada qutbah... Sekali lagi pakcik tu cuit saya untuk menggerakkan tabung tu.. Sejujurnya saya amat terganggu ketika itu. Saya nekad tidak berbuat apa-apa. Dan akhirnya pakcik itu berdiri kemudian berusaha untuk mencapai tabung tersebut dengan menggunakan tongkatnya...

Apakah wajar atau tidak saya buat demikian??


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Wajar, tapi lebih baik bawa usul kepada mesyuarat agong mesjid kerana sudah ada fatwa.. 

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan arahan melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat.
Ketetapan larangan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-100, yang bermesyuarat pada 27 Februari lalu di Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan