Berkaitan Pendarahan Wanita


Soalan 1 :
Bagaimana jika darah keluar sedikit-sedikit selepas bersalin sehingga hari ke 57, sedangkan saya telah mandi hadas besar dan solat pada hari ke 53 kerana dianggap darah telah kering tetapi masih lagi keluar pada bila-bila masa dengan sukatan yang sangat sedikit. Apakah solat dan puasa saya diterima dan bagaimana saya ingin mengetahui yang saya telah benar-benar suci dari darah nifas ini.?

Jawapan : Darah Nifas 57 hari

Batas maksimal darah nifas adalah khilaf:
**Mazhab Jumhur: 40 hari
**Mazhab syafi’iy: 60 hari
**Maka, ikut mazhab syafi’iy, darah nifas maksima ialah 60 hari.
(Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid/50)
Ibn Taymiyah: tiada batas maksimal (kitab al-Asma’, ms 27)


Soalan 2 :
Apakah hukumnya mengambil pil penahan haid ketika bulan puasa ?

Jawapan : Ambil pil penahan haid ketika ramadhan

Fatwa Dr Qardhawi, jangan lakukan demikian, yang dibolehkan ialah untuk Haji dan Umrah sahaja.


Soalan 3 (a):
Perempuan yang baru bernikah dan telah disetubuhi oleh suaminya buat kali pertama , orang melayu panggil pecah darah. Darah yang keluar itu di kira darah apa?

Soalan 3 (b):
Satu lagi jika darah tersebut keluar lagi dan berterusan sehingga 2 ke 3 hari , perlukah mandi wajib setiap kali hendak solat?

Jawapan (a+b)
Darah biasa. Ia bukan najis. Cuma basuh dan perbaharui wuduk.


Soalan 4 :
Sekiranya perempuan yang sedang haid dan keluar air mani perlu ke mandi wajib berasingan atau tunggu sehingga haid kering dan mandi wajib untuk keduanya sekali ?

Jawapan
Haid + mani
Memang sahkah mani keluar waktu haid?
Kalau ya, maka 2 in 1, mandi selepas haid kering, maka kedua hadas tersebut akan terangkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan