Soalan:
Apakah hukumnya lelaki muslim yang tidak pergi solat jumaat? Ada riwayat mengatakan bahawa Allah menggelapkan hati orang yang tidak pergi solat jumaat 3 kali berturut-turut.. shahihkah riwayat tersebut? Jika shahih boleh kongsi di sini hadith yang mana? Lagi 1.. adakah mereka ini tergolong dalam golongan orang yang munafik atau fasik.. dan apakah perbezaan antara munafik dan fasik..
Mohon jawapan dari persoalan di atas.. syukran..
♻Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Shahih terdapat dalam Shahîh Muslim yang berbunyi :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
Sesungguhnya Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang meninggalkan shalat Jum’at tiga kali karena meremehkannya maka Allâh akan mengunci hatinya.”
Dalam menterjemah mengunci hatinya, Imam Nawawi mengatakan samada kunci hatinya dari kebaikan atau menjadikan orang itu munafik.
Hadith lain yang diriwayatkan Thabrani dalam al-Mu’jamul Kabîr dan di nilai hasan oleh Syaikh al-Albâni rahimahullah , Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda :
مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ َالْمنَافِقِيْنَ
Siapa yang meninggalkan tiga kali shalat Jum’at tanpa udzur maka dia ditetapkan sebagai bagian dari kaum munafiqin
Dalam hadith lain yang mauqûf kepada Ibnu Abbâs Radhiyallahu ahu dijelaskan :
مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ مُتَوَالِيَاتٍ فَقَدْ نَبَذَ الإسْلاَم وَرَاءَ ظَهْرِهِ
Siapa yang meninggalkan shalat Jum’at 3 kali secara berurutan maka ia telah membuang Islam kebelakang punggungnya.
[Hadits Mauqûf Riwayat Abu Ya’la rahimahullah dengan sanad yang shahih]
Hadith jelas mengatakan mereka tergolong dalam golongan munafik.
Munafik:
Sebenarnya kufur kerana dia berlakon sahaja sebagai orang islam.
Fasik: Sudah tahu hukum, tapi tidak mahu amalkan. Maksudnya dia sengaja tak mahu buat.
Tinggal solat fardhu lain pun sudah dosa besar. Tambahan pula solat jumaat. Teruk sangat kalau tinggal solat jumaat. Ada orang tidak solat lima waktu, tapi waktu jumaat dia solat (dia solat mingguan). Jadi kalau solat jumaat pun tidak buat, tidak tahu orang jenis apa lah.
Doa yang terbaik. Minta Allah beri kita suami yang dapat membimbing kita.
Tentang agama ni, memang lelaki yang patut di hadapan. Dia yang kena bimbing isteri dan anak-anak dia. Isteri kalau tidak pandai agama pun, boleh diterima lagi, tapi kalau lelaki tidak tahu agama, ini memang teruk. Kerana perempuan sibuk di rumah menguruskan rumah dan menjaga anak, jadi memang peluang untuk belajar kurang kalau dibandingkan dengan lelaki.
Tapi keadaan terbalik sekarang. Ada lelaki guna point (mengorat kot), nak cari isteri yg boleh bimbing dia.. ini sudah terbalik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan