Muzik Dan Hukum

Soalan :
Bukankah muzik boleh menghampiri kebinasaan dan melalaikan dalam mengingat Allah?

Jawapan Ustaz THTL :
🎷Ada tiga ulamak yang OK pasal muzik,
1. Ibn Hazam sebab ia duduk di Sepanyol, muzik merupakan makanan utama orang Eropah. Kalau muzik haram akan menyulitkan muslim Eropah
2. Imam al-Ghazali, ini imam yang pertama membahaskan dengan detail, muzik halal dengan 5 syarat.
3. Syaikh dr. Qardhawi dari Egypt, di mana Egypt adalah pusat musik dunia arab.

🎻🎻Maka hukum muktamad muzik adalah KHILAF🎻🎻

Hukum Muzik tidak jelas kerana fenomena muzik belum kuat di zaman salaf. sama dengan rokok, ia belum ada di zaman salaf. muzik dan rokok adalah benda yg baru


Soalan :
Apakah pandangan yang patut kita ambil? Bagaimana pula dengan muzik masa depan?

Jawapan Ustaz THTL :

🎷 Pandangan tiga Ulamak di atas kerana mereka hidup dalam masyarakat yang cintakan muzik.

Malaysia khususnya orang melayu amat cintakan muzik, maka kita kena fahami hujah2 Qardhawi. Kalau tidak, kita akan berdepan dengan masalah kerana uruf lebih kuat.

🎷 Manusia ada tiga pancaindera:
- Mulut, dia perlukan makanan lazat, maka hukum makan di restoren
- Mata, dia perlukan pandangan yang cantik, maka hukum melancong
- Telinga, ia perlukan bunyi yang indah dan merdu, maka hukum muzik dan seni suara

🎷Ini asas nak faham muzik.. Telinga, mata dan mulut mahukan sesuatu yg lazat dan indah. Kalau kita nafikan telinga dari haknya untuk mendengar yang merdu dan syahdu, maka dia manusia yang keras dan tak ada jiwa kelembutan laa...bayangkan anda nafikan hak mata untuk melihat yang indah, nafikan mulut anda dari menikmati juadah yang lazat.

🎷Isunya, apa jenis muzik dan sejauh mana kita nak nikmati muzik... Takkan orang sunnah nak lihat concert search, wings, beyonce atau mariah carey. Kalau lagu Kun anta tu memang boleh. Musik ni sudah stabil dan ada banyak kategori, ada pop, blues, jazz, rock, heavy metal...maka hukumnya ikut jenis musik tersebut dan tujuan musik itu, samada kesenian atau memuja setan.

🎷Mulut, takkan nak makan sepanjang masa.
Mata, takkan nak melancong sepanjang masa.
Maka telinga takkan nak dengar musik sepanjang masa...

Sebab tu qardhawi dan al-ghazali, kasi lima syarat tu...saya dah kasi tau 10 tahun yang lalu intipati perbahasan muzik. Bila sepanjang masa nak muzik, maka itu adalah addictive atau ketagihan, ketagihan ni sama dengan rokok, kopi, teh, semuanya tak bagus. Kalau rancangan realiti TV seperti Akademi fantasia tu afundi tu, itu yang haram.


🎻🎻Dakwah Guna Muzik

Ada dua isu dalam soalan ni

Isu Pertama : Muzik
Jumhur 4 mazhab mencela muzik kerana ia melalaikan manusia dari mengingati Allah, manakala Imam al-Ghazali, Dr Qardhawi pulak sebaliknya. Muzik adalah halwa untuk telinga, seperti mana mulut yang inginkan makanan yang lazat, mata inginkan objek dan pemandangan yang cantik dan damai, manakala manusia lupa kepada telinga, ia inginkan kemerduan dan musik.

dalil jumhur:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
“Dan di antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” (QS. Lukman: 6)

Namun al-qardhawi menyatakan ia merujuk kepada musik dan senikata yang merosakkan spt heavy metal, rock, pop.. Musik dan nyanyian adalah harus dan manusia perlukan ia sekadar yang makruf utk menghilangkan kebosannya.


🎻🎻Isu kedua: Dakwah + Muzik
Dakwah ialah menyeru manusia mentauhidkan Allah. Tokoh dakwah number one ialah Nabi saw. Baginda tidak pernah mengggunakan syair dan musik dalam dakwah baginda kerana dakwah adalah profesi yang paling tinggi.
dalil:
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)”.
(Fussilat, 41 : 33 )

dalil Nabi tidak menggunakan syair
وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ [٣٦:٦٩]
}Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan." Yasin:69


🎻🎷Rumusan:
Tidak boleh menggabungkan dakwah dengan muzik. Yang harus ialah musik dan nyanyian yang baik sebagai alternatif kepada muzik Barat dan Bollywood. Ia bukan dakwah tetapi alternatif, misalnya industri nasyid. Nasyid itu bukan dakwah.🌴

Tiada ulasan:

Catat Ulasan