Inai Bercorak & Hukumnya

Soalan :
Bolehkah kalau melukis inai bercorak dan apa hukumnya?

♻Jawapan : Ustaz THTL
Inai termasuk bercorak memang harus untuk wanita kerana ia adalah perhiasa bagi wanita sejak zaman salaf. ia harus jika untuk tatapan mahram mereka, jika diniatkan untuk tabarruj (berhias untuk orang awam) maka itu dilarang bukan kerana inai tapi tujuannya. Tujuannya untuk menarik perhatian lelaki asing/ajnabi. Sama dengan tudung, tudung tu bagus, tapi kalau pakai tudung neelofa, tudung Fareda, tudung Jakel kerana nak fashionable dan trendy, itu yang tak boleh. Pakai tudung untuk lebih nampak cantik dan menawan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan