Soalan 1:
Batalkah puasa jika kita muntah ?
Jawapan :
Muntah tidak membatalkan puasa sebab puasa batal dengan memasukkan sesuatu ke dalam perut, kalau keluar dari perut tidak batal. Fatwa Qardhawi, Fiqh Siyyam.
Soalan 2 :
Apa hukum kalau dya puasa ganti pastu dya sengaja buka puasa dya?
Jawapan :
Hukum puasa qadha, kemudian dia buka.
Kena taubat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu kedalam Jannah yang mengalir sungai- sungai
( QS At - Tahrim:8 )
Soalan 3 :
Cuci gigi dan tampal gigi bulan puasa bolehkah?
Jawapan :
Cuci gigi dan dental care bulan ramadhan.
Fatwa Qardhawi, Fiqh siyyam, semuanya tidak membatalkan puasa.
Soalan 4 :
Waktu sahur dilewatkan sehingga bila,adakah imsak atau terbit fajar ?
Jawapan :
Waktu akhir sahur.
Ayat dalil:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ (ورة البقرة: 187
“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam.”
AQ. Al-Baqarah: 187
waktu akhir: azan subuh
waktu imsak itu tidak sahih, yakni 10 minit sebelum azan subuh. (Fatwa Qardhawi, fiqh siyyam)
Soalan 5 :
Ibu menyusu yang tidak berpuasa kerana susu tidak mencukupi untuk anak, perlu ganti puasa sahaja atau kena bayar fidyah juga?
Jawapan :
Ibu menyusu dan puasa.
Pendapat syafi’iy ganti dan fidyah
Pendapat hanbali, fidyah sahaja
Qardhawi, jika ibu kuat dan jarang beranak, ganti sahaja, jika ibu tidak kuat dan kerap bersalin, maka fidyah sahaja.
Soalan 6 :
Apa hukum seseorang yang sudah berniat dimalam harinya ingin berpuasa diesok hari kerana nak qadha (ganti) puasa semasa tahun lalu,tetapi dia membatalkan dengan sengaja, adakah hukumnya berdosa besar ?
Jawapan :
Batalkan niat.
Boleh asalkan sebelum terbit fajar.
Soalan 7 :
A) Jika ayah dan ibu sudah meninggal dunia dan semasa hayatnya dia ada meninggalkan puasa bagaimana untuk jelaskan hutang puasa?
B) Adakah perlu bayar fidyah sahaja atau anak perlu tolang menggantikan puasa mereka ?
C) Bagaimana jika ibubapa yang sengaja meninggalkan solat dengan sengaja?
Jawapan :
Arwah ibubapa ada hutang puasa dan solat
Ia isu khilaf, banyak sekali pendapat…
kita ambil pendapat syafi’iy:
A) jika ibubapa sakit dan tertinggal puasa dan dia meninggal dunia, maka waris tidak wajib mengganti, kena keluar fidyah dari hartanya
B) Jika dia tidak puasa, masih ada masa dan peluang untuk menggantikan puasa, tapi dia tidak laksanakan, maka waris tidak wajib menggantikan puasa, cuma keluar fidyah dari harta si mati.
C) Kerana mazhab syafi’iy, ibadat badaniah, orang lain tidak boleh ganti.
([al-Fiqh al-Islami, cetakan ke 3, 2/681]. )
Dr Qardhawi pulak, anak-anak tidak dipertanggungjawab mengganti puasa orang tua, cuma sunat jika mereka nak menggantinya dan sunat juga jika mereka keluarkan fidyah jika tidak mampu nak puasa, (fiqh siyyam, ms 76)
Soalan 8 :
Bagaimanakah cara terbaik untuk beriktikaf di masjid ketika bulan ramadhan bagi seorang wanita?
Jawapan :
I’tikaf bagi wanita.
Ianya sunnah,
Dalil: dari Aisyah ra,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ فَلَمَّا انْصَرَفَ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ إِذَا أَخْبِيَةٌ خِبَاءُ عَائِشَةَ وَخِبَاءُ حَفْصَةَ وَخِبَاءُ زَيْنَبَ
“Bahwasanya Nabi saw hendak beri’tikaf. Maka ketika beliau beranjak ke tempat yang hendak dijadikan beri’tikaf, di sana sudah ada beberapa khemah, yaitu khemah Aisyah, khemah Hafshah, dan khemah Zainab.”
HR Al Bukhari (2033) dan Muslim (1173)
Dengan dua syarat:
1). Izin wali jika masih bujang, izin suami jika sudah berkahwin.
2). Aman dari fitnah
Ruj: abu malik kamal, sahih Fiqh Sunnah II/151-152)
Soalan 9 :
Jika orang yang tidak berupaya atau sakit tidak dapat berpuasa tetapi dapat meraih pahala dengan bersedekah , berzikir dan lain-lain.Tetapi pahala berpuasa pun perlu juga diraih.Adakah orang yang sakit yang tidak dapat berpuasa dapat menyamai pahala orang yang berpuasa?
Jawapan :
Orang sakit yang tidak dapat berpuasa.
Dia tidak lagi mendapat pahala yang sama seperti mana orang yang berpuasa,
Dalil:
الحديث الأربعون
HADITH KEEMPAT PULUH
عَنْ ابْنِ عُمَرْ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِمَنْكِبَيَّ فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ . وَكاَنَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ .
[رواه البخاري
Ter:
Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw memegang bahu saya seraya bersabda : “Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara”, Ibnu Umar berkata : “Jika kamu berada pada waktu petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada pada waktu pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu
”
نِعمتان مغبونٌ فيهما كثيرٌ من النَّاسِ : الصِّحَّةُ والفراغُ
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري| المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6412 |
Terj: ada dua nikmat yg manusia selalu lupa, sihat dan lapang"
HR Bukhari
Soalan 10 :
Boleh tuan sheikh jelaskan secara lebih terperinci definisi I'tikaf?
Jawapan :
I'tikaf.
I'tikaf=menetap di masjid untuk mengkhususkan atau fokus kepada ibadat. Ia dilakukan khussunya 10 terakhir ramadhan untuk meraih malam lailatul qadar. Putuskan hubungan dengan dunia luar dan fokus kepada Allah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ – رضى الله عنهما – قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan
(HR. Bukhari no. 2025 dan Muslim no. 1171).
Soalan 11 (a):
Bolehkah kita bersahur atau makan pada waktu syuruk?
Jawapan :
Hukum makan pada waktu syuruk.
Waktu syuruk adalah waktu terbit matahari. Maka ia sudah waktu haram. waktu terakhir ialah bila azan masuknya waktu subuh. terbit fajar bukannya terbit mentari.
Soalan (b)
Saya maksudkan yang 10 minit sebelum masuk waktu subuh.
Jawapan :
Masih boleh.sebab ia adalah waktu lampu kuning sahaja. Masa berhenti ialah bila masuk waktu subuh. waktu subuh dah lampu merah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan