Soalan :
Assalamualaikum Syeikh. Saya ada beberapa soalan nak minta Syeikh buat penjelasan. Sebenarnya soalan ini dari salah seorang ahli group whatsapp saya.
Berikut ini soalannya๐
1. Saya setuju kalo "faqir" itu adalah golongan gelandangan. Masaalahnya di daerah saya payah ditemui golongan tersebut.
Dan jika ditakdirkan suatu masa tidak ditemui langsung golongan itu bagaimana nak keluarkan zakat fitrah.
Mohon di jelaskan alternatifnya?
2. Jika golongan faqir dan miskin itu masih mampu keluarkan zakat fitrah apakah mereka berhak menerima zakat fitrah orang lain?
3. Saya pernah hulur beras sebagai zakat fitrah kepada orang tua dan uzur dengan kerusi roda. Saya tidak kenal latar belakang keluarga tersebut.
Terkejut bila ditolak zakat fitrah itu dengan alasan beliau adalah keturunan sayed " susur galur ahlul bait" . Katanya mereka dilarang menerima sebarang zakat.
Apa komen .
4. Sewaktu tunai haji dulu daging korban dan hayu berlambak lambak. Dikatakan pehak Saudi hantar daging tersebut ke tempat gelandagan ( faqir ) di Afrika. Apakah zakat fitrah ini boleh berbuat demikian. Misalnya dari JB ke kemboja atau Indonesia. Terima kasih Syeikh atas perhatiannya.
Jawapan thtl al-jazani ุชูุงู ุญุณู:
1. Kumpulan sasar zakat fitrah.
Dalam mazhab syafi'iy, 8 asnaf semua boleh beri zakat fitrah, tak ada beda. Cuma yang khusus untukk faqir miskin ialah mazhab Maliki.
Jika nak folo Maliki, faqir dan miskin, kena tau takrifan dulu
Faqir = orang yang tidak ada sebarang pekerjaan dan pendapatan
Miskin = ada kerja, ada income, tapi tak mencukupi.
Faqir ni lebih teruk laa. Kalau anda tak mampu nak cari siapa faqir dan miskin, maka jalan terbaik, serahkan zakat fitrah anda kepada amil sahaja.
2. Apakah org faqir miskin pun kena keluar zakat?
Ya, sebab zakat fitrah nak bersihkan diri dan famili pada 1 syawal.
Jika dia benar2 faqir, langsung tak ada makanan atau cash, maka gugurlah. Di tanya kepada Imam Ahmad :
ุฅِุฐَุง َูุงَู ุนِْูุฏَُู ُููุชُ َْููู
ِِู َูู
َุง َูุถَُู ุนَُْูู ُِููุคَุฏِّู
“Jika dia memiliki bahan makanan yang cukup untuk satu hari, maka sisanya ditunaikan untuk zakat.”
Beliau ditanya lagi, “Jika dia tidak memiliki apa pun?” Imam Ahmad menjawab, “Dia tidak wajib membayar zakat apa pun.”
(Al-Masail Imam Ahmad, riwayat Abu Daud, 1:124)
Maka walaupun dia terima zakat fitrah, akan tetapi kalau dia ada lebihan sebelum 1 syawal, maka dia kena keluarkan juga.
3. Apakah keturunan syed haram terima zakat
Fuqaha' Hanafi (Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusof) membolehkan keluarga bani Hashim menerima zakat.
Huraian mereka adalah seperti berikut:
Di zaman Nabi saw, keluarga Nabi saw, "Zawil Qurba" menerima agihan alFa'iy dan Ghanimah. Maka rasional mereka tidak menerima zakat itu adalah kerana mereka sudah menerima harta Fa'iy. Bila tiba zaman Abu Bakar dan Umar (keduanya raa), agihan harta fa'iy ini dihentikan kerana negara memerlukan belanjawan yg besar. Maka bila bantuan kewangan yg biasa diberikan kepada mereka dihentikan, maka mereka berhak menerima zakat sebagaimana orang lain. Inilah juga pendapat Imam atTabari.
(Imam atTohawi, Syarh Ma'aani alAthar: 2/10-11)
Juga lihat Fathul Bari:3/276; Nailool Awthor syarh Muntaqa alAkbar:4/172-173)
Juga Dr Shalabi, Ta'lil alAhkam, dar anNahdah, Beirut, 1981, ms 370.
Manakala jumhur, keturunan syed tidak boleh menerima zakat.
4. Hukum pindahkan zakat fitrah ke negara lain
Memindahkan zakat dari negeri orang yang mengeluarkannya ke negeri lain jika hal itu membawa maslahat hukumnya boleh. Jika orang yang mengeluarkan zakat itu mempunyai sanak kerabat yang berhak menerima zakat di negeri lain dan zakat itu dikirim kepadanya, maka hukumnya tidak apa-apa (boleh). Begitu juga jika standard hidup di negeri itu tinggi, lalu dia mengirimnya ke suatu negeri yang lebih miskin, hal itu juga boleh, tetapi jika tidak ada kemaslahatan dalam memindah zakat dari negeri satu ke negeri lain, maka sebaiknya tidak perlu dipindahkan.
Sumber: Tuntunan Tanya Jawab Akidah, Shalat, Zakat, Puasa dan Haji (Fatawa Arkanul Islam), Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Darul Falah, 2007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan