Soalan :
Salam.. Bagaimanakah halal-haram gaji seorang driver muslim kepada majikan non muslim yang mana dia perlu menghantar majikannya ke nite club,casino & sebagainya tetapi dia tidak terlibat.. Maksudnya dia cuma hantar & tunggu di dalam kereta sahaja.
Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Kalau folo mazhab Hanafi memang boleh, sebab yang dilihat ialah kepada skop kerja, job specification seseorang. Kalau driver, maka dia akan hantar majikan kemana sahaja tanpa kira kemana destinasinya sebab skop kerja dia drebar dan objektif tuan dia atau majikan tidak perlu dia ketahui. Maka kalau dia drebar kepada orang kafir, maka dia harus menghantar ke mana sahaja, termasuk ke kuil, gereja, club malam, casino di genting, restoren non halal atau ke rumah mistressnya. Begitu juga kalau lelaki Islam yang berkahwin dengan wanita ahlil kitab (yahudi dan kristian), boleh menghantar isterinya ke gereja atau sinagog yahudi.
Menurut fiqh hanafi, boleh juga syarikat pembinaan muslim, contractor bangunan melakukan pembinaan gereja, kontrek membaikpulih gereja, sebab ia memberi servis dia kepada semua. Sama juga dengan TM, dia membekalkan semua perkhidmatan unifi kepada semua premis dan pelanggan termasuk rumah urut, casino, magnum 4D, maka pekerja muslimnya boleh melakukan perkhidmatan kepada premis tersebut.
Dalam mazhab lain, ia merupakan makruh tahrim atau membawa kepada haram, mesti berusaha mencari jalan keluar dengan mencari pekerjaan yang benar2 100% halal lagi bersih. Jika terpaksa, dia belum mendapat pekerjaan yang halal, maka masih boleh meneruskan sehingga dia mendapat jalan keluar.
Dalilnya
"Siapa yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak suka dan dia tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa"
2:173
Tiada ulasan:
Catat Ulasan