Soalan :
Apakah hukum salat di rumah ibadat kaum Sikh kerana tidak disengajakan?
Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Imam Al-Bukhari رحمه الله telah membuat satu bab dalam kitab Sahih-nya, Bab Salat di Bi'ah (gereja dan kuil).
Umar رضي الله عنه berkata, “Sesungguhnya kami tidak masuk ke gereja kamu semua kerana ada patung yang di mana di dalamnya ada gambar-gambar."
Dahulu Ibnu Abbas رضي الله عنه melaksanakan salat di geraja kecuali kalau di gereja tersebut terdapat patung.
Hukum:
Sekiranya tiada patung, maka boleh salat di dalamnya
[Kitab Al-Mughni, 1:407]
Lagi pun ia bukan kesengajaan. Apa yang tidak sengaja dimaafkan. Dalilnya, matan hadith arbain no 39
عَنِ ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
[حديث حسن رواه ابن ماجة والبيهقي وغيرهما]
Dimaafkan ummatku jika mereka tersalah, terlupa atau dipaksa"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan